BAB 4

Crime Completed 8787

“Sudahlah, Ijat . Banyak lagi bunga kat taman orang lain yang kamu boleh petik. Lagipun, Haseena sendiri setuju nak bertunang dengan budak Mukhriz tu. Mereka suka sama suka, tak pernah pula pakcik dengar nama kamu dipetikoleh Haseena. Bila dah si perempuannya setuju, takkanlah aku nak bantah pulak… Sudahlah, Ijat ,” jelas Haji Kadir turut memahami perasaan Ijat sekarang.

Ya benar, sudah lama pemuda yang berseluar jeans koyak sedikit di lutut itu menaruh cinta pada anak daranya. Sampaikan sewaktu Haseena masih di bangku sekolah menengah, Ijat dan beberapa pemuda kampung lain cuba mengintai di Haseena . Bila raya, Ijat dan konconya tak pernah terlupa singgah ke rumah Haji Kadir semata-mata mahu bertegur dengan Haseena yang sama sekali enggan melayannya.

“Apa ni, Haji… Tak eloklah macam tu. Haji pun tahu saya memang suka dekat Haseena sejak dari kecil lagi. Haji… Alahai, apesal boleh Haji ikutkan sangat setuju orang perempuan? Dia orang tu kaum yang lemah, patutnya haji kena berkeas dan tegas. Haji. Sebagai ayah, Haji kena bertegas sikit,” Ijat cuba memujuk Haji Kadir .

“Kamu nak aku bertegas dengan Haseena ? Lepas tu, kamu nak aku bertegas pulak supaya Haseena dijodohkan dengan kamu? Begitu?” soal Haji Kadir disulami gelengan kepala.

‘’Bijak!! Tepat sekali, Haji,”

“Sudahlah, Ijat . Lupakan je lah. Anggap je yang kamu ni memang tak ditakdirkan untuk ada jodoh dengan Haseena tu,’’

“Ah! Saya ni Ijat -lah, Haji. Jangan Haji nak libatkan soal takdir. Saya tahu yang Haji memang tak suka saya ka sebab tu haji main bedal je terima lamaran siapa-siapa. Haji kena tahu yang nak kahwin tu saya dengan Haseena , bukan saya dengan Haji,”

“Ikut kamu-lah… Kalau kamu masih degil dengan pendirian kamu, aku tak boleh haling, tak puas hati kamu bolehlah tanya Haseena…”

Tiba-tiba kereta peronda polis singgah ke perkarangan rumah Haji Kadir . Anak sulung Haji Kadir merupakan pegawai polis berpangkat Inspektor. Mazlan namun senang dipanggil Lan. Wajah Lan serta merta membengis bila ternampak Ijat.

Sambil merengus kuat, Lan menghampiri Ijat . “Kenapa kau datang rumah aku?”

“Eh sukkah hati akulah, tak ada pun larangan di depan rumah ni haling aku dari datang atau lalu rumah kau ni,’’ jawab Ijat.

“Biadap sungguh kau eh sembang macam samseng depan pegawai polis macam aku,” sanggah Lan, kemudiannya melangkah bersalaman dengan ayahnya. “Apa budak ni nak ayah?” tanya Lan kepada Haji Kadir .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience