Dan ketika itu juga Mukhriz baru tersedar kehadiran Haseena . Pemuda itu juga tergamam. Sudah menjadi polisi lisan antara dia dan Lan, jika sesiapa sahaja yang tahu atau nampak tentang kegiatan mereka, maka saksi itu harus dihapuskan.
“Mukhriz … Awak…” tubuh Haseena menggelatar tanpa dapat dihabiskan ayatnya.
“Pergi!” jerkah Mukhriz . “Pergi dari sini, cepat!” Dengan harapan Lan tidak nampak kelibat Haseena, tunang yang amat dicintainya itu.
“OOO Kau bawa adik aku sekali, Mukhriz ke sini ?!” Lan bagai tak percaya apa yang dilihatnya. “Aku terpaksa, Mukhriz . Janji tetap janji,”
“Tolong Lan Jangan, Lan! Dia tak terlibat dalam hal ni,”rayu Mukhriz .
“Dah tu kau nak biar dia hidup, lepas tu kita meringkuk dalam penjara. Macam tu? Mukhriz , kalau kita kena tangkap, kita kena gantung sampai mati. ! Dadah kat dalam rumah ni cukup bukti untuk hadapkan kita ke tali gantung, Mukhriz !” jawab Lan lagi.
Haseena hanya terpinga-pinga keliru mendengar perbalahan antara Mukhriz dan Lan.
“Tapi dia adik kau! Dia tunang aku, Lan! Tolonglah, Lan. Jangan!” jerit Mukhriz merayu kepada Lan mohon pengertian daripada bakal abang ipar yang juga sahabat baikhya.
“Mukhriz , kalau kita dah masuk penjara, kena hukuman gantung sampai mati… Soal keturunan dan cinta semua sudah tidak berguna lagi., Mukhriz ! Maafkan aku, Mukhriz ,” kata-kata terakhir Lan sebelum…
PANGGGG
“Tidakkkk Haseena !!!” jerit Mukhriz yang tak mampu menghalang Lan daripada menamatkan hayat adiknya sendiri semata-mata mahu menutup jenayah yang dilakukannya sendiri.
Dua puluh minit kemudian, polis memenuhi ke tempat kejadian. Mukhriz diberkas polis di tempat kejadian. Diberkas dalam keadaan jiwanya terseksa, meraung tanpa hent mengenangkan Haseena sudah mati . Banglo mewah itu disita kerana menjadi tempat markas pengedaran dadah.
Oleh kerana keluarga Mukhriz selalu ke luar negara, Mukhriz dan Lan menjadikan tempat itu sebagai markans untuk membungkus dadah dalam bungkusan kecil.
Share this novel