BAB 1

Crime Completed 8787

Suasanan perkarangan banglo mewah itu sunyi sepi, lokasinya yang jauh terletak di kawasan bukit tinggi dan berjarak jauh dari jirann tentangga benar-benar menambah kesunyian dalam kepekatan malam itu.Langkah kakinya sengaja dijungkit enggan menimbulkan sebarang bunyi.

Perlahan-lahan Haseena menguak daun pintu banglo mewah milik tunangnya. Jubin marmar mewah design Italy itu menyejukkan tapak kaki Haseena saat gadis berambut ikal mayang itu melangkah masuk dengan perasaan gementar.

Haseena memandang tompokan cecair merah yang menitik di lantai banglo mewah itu, bagai mahu gugur jantungnya. Dia mengikuti titikan darah itu, suasana rumah sepi bagai tak berpenghuni membuatkan hatinya makin risau, Ombak cemas menghempas ketenangannya dan menyesakkan dada, sungguh dia mahu saja angkat kaki blah dari situ namun rasa cemas dan gusar mengatasi segalanya, dia mahu tahu apa yang terjadi.

“Mukhriz !”

Kaget Haseena melihat tunangnya, Mukhriz sedang melutut di sebelah sekujur tubuh yang bermandi darah dan tunangnya itu sedang membersihkan bilah pisau yang disaluti darah dengan sehelai kain.

Mukhriz memandang Haseena .

“Mukhriz … Awak…” tubuh Haseena menggelatar sewaktu cuba bercakap dengan dengan tunangnya itu.

“Pergi!” jerkah Mukhriz . “Pergi dari sini, cepat!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience