BAB 8

Crime Completed 8787

Lan terus menghala pistolnya ke arah Ijat yang semakin ganas menhurung botol kaca .

“Astaghfirullah, Sabar, Lan. Jangan terburu-buru,” tegah Mukhriz .

Namun Lan tak menghiraukan kata-kata Mukhriz .

PANGGGGG!

Bunyi tembakan meletus. Gemanya bukan sahaja dalam rumah, bahkan gemanya turut didengari gegendang telinga Haseena . Tersentak dengan bunyi das tembakan itu, Haseena menunduk dalam kereta. Bimbang tembakan itu datang daripada kawasan luar pagar rumah Mukhriz .

PANGGGG!

Sekali lagi bunyi das tembakan kedengaran. Kali ini Haseena yakin tembakan itu bukan datang dari luar, tapi dari dalam rumah Mukhriz sendiri. Hatinya bertukar risau. Benaknya mula terdetik soal keselamatan Mukhriz . Apa yang berlaku sebenarnya? Mukhriz yang ditembak atau Mukhriz yang menembak? Atau mungkinkah abangnya, Lan yang melepaskan tembakan itu? Tapi, kenapa? Soalan itu bertandang bertubi-tubi tanpa jawapan. Dan untuk mendapatkan jawapan hanya dia perlu masuk ke rumah Mukhriz sendiri.

Haseena melangkah keluar dari kereta menuju ke perkarangan rumah. Langkahannya berat kerana menggendong pelbagai perasaan yang bermain di mindanya.

Hatinya berasa gelisah, panik merajai dirinya. Bagaimana kalau-kalau Mukhriz yang ditembak, cemas tika memikirkan Mukhriz yang menembak dan gelisah tatkala membayangkan abang kandungnya yang menembak. Tapi kenapa?

Langkah kakinya sengaja dijungkit enggan menimbulkan sebarang bunyi. Perlahan-lahan Haseena menguak daun pintu banglo mewah milik tunangnya. Jubin marmar mewah design Italy itu menyejukkan tapak kaki Haseena saat gadis berambut ikal mayang itu melangkah masuk dengan perasaan gementar.

Namun perasaan ingin tahunya menambat matanya untuk melihat apa yang sebenarnya berlaku. Dari titisan cecair merah, kepada tompok kesan darah seolah diheret mop. Hidungnya mula terhidu bau darah yang memeningkan. Dengan degup jantung yang tak surut dengan rasa gelisah, Haseena melangkah perlahan mengikut kesan darah yang makin memekat.

“Mukhriz !”

Tergamam Haseena melihat Mukhriz sedang melutut di sebelah sekujur badan yang berlumuran darah. Tunangnya itu sedang mencabut pisau yang menikam dada Ijat dan membersihkan bilah pisau itu dengan sehelai kain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience