BAB 5

Crime Completed 8787

Ijat masih tak berganjak dari perkarangan rumah.

“Lan, Kau tanya sendirilah dengan budak Ijat tu. Ayah nak pergi surau, , ada orang nak kenduri. Ayah nak gotong-royong lapah daging sembelih tadi,” kata Haji Kadir kemudian melangkah masuk ke dalam rumah untuk bersiap.

Lan yang segak berbaju lengan panjang hitam , berseluar jeans kemas dan berkasut polis dilap kilat memandang wajah Ijat dengan wajah penuh menyampah.

Ijat memalingkan muka juga enggan memandang namun masih tak berganjak daripada rumah tersebut.

“Apa jadi dengan kau ni? Kau lupa jalan ke rumah kau ke?” soal Lan dengan maksud tersirat mahu Ijat pulang sahaja ke rumahnya.

“Aku nak bincang dengan ayah kau, bukan kau, kau diam” Ijat menjawab.

“Apa benda kau nak bincang ni Jat?”

“Kau diam, tak ada kena mengena dengan kau, ini antara aku dengan Haseena ,”

“Apa halnya kau dengan adik aku pula Ijat oi?”tanya Mazlan sinis.

“Aku nak kahwin dengan Haseena . Aku dengan Haseena suka sama suka. Aku yakin Haseena mesti tengah tak gembira bertunang dengan Mukhriz , anak orang kaya tu,” jelas Ijat .

Seraya itu juga berdekah hilai tawa Lan tatkala mendegarnya. Terbahak-bahak dia mendengar pengakuan berani mati Ijat.

“Dahlah Ijat. Pergi mampus dengan mimpi kau tu… Kalau aku masih hidup sebagai abang si Haseena tu, percayalah kau takkan dapat kahwin dengan adik aku tu punya. Kau tu mat gian, mana boleh ada hati dengan adik aku, apakata kau balaik dan cermin diri kau dulu.” ujar Lan menyambung semula ketawa besarnya.

“Gelaklah puas-puas. Aku tahu aku tak berduit. Aku kerja mekanik je. Aku tahu aku ada kekurangan. Aku mat gian, aku gian guna duit gaji aku sendiri bukan macam kau suka makan wang haram. Kau ingat aku tak tahu kau kerja polis… dalam masa yang sama kau pau duit orang,” kata Ijat dengan nada berbisik pada ayat terakhir.

Airmuka Lan berubah. Segera digenggam baju di bahagian dada Ijat seakan mahu bertumbuk, dan berkata, “Wei, bab kerja aku kau jangan nak jolok, jangan nak pertikai! Kalau kau nak rasa hidup dalam penjara macam mana, kau buatlah hal. Kalau kau nak rasa macam mana lidah kau tu bertulang, aku patah riukkan, ugutlah lagi aku kalau berani Kau jangan cabar aku Jat!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience