Beberapa detik sebelum perkara berdarah di banglo
Damai sungguh cuaca pagi itu, mentari bersinar megah di angkasa, burung berkicauan di udara dan awan berarak sesekali memayungi bumi nan redup. Sesekali angin menderu sepoi-sepoi bahasa di celahan rimbunan pokok merimbun . Sungguh tiada tempat seindah ini, melainkan di kawasan yang belum diterokai arus kemajuan dan arus pembangunan yang mencakar langit.
Di satu sudut, kelihatan Mukhriz sedang berlutut menghadap Haseena yang melabuhkan punggungnya di atas kerusi kayu ituSebentuk cincin berlian dikeluarkan. Haseena tahu apa yang ingin Mukhriz lakukan.
Ini adalah momen klise namun menajdi impian setiap insan, yang suka bermudah dalam mengambil hati wanita untuk menjadikan wanita itu sebagai pendamping hidup. Klise atau tidak, Haseena sudah tak peduli. Kerana pada akhirnya hati wanita akan tewas pada lelaki yang sudii untuk menyuntingnya. Dan pada Mukhriz Haseena ada nampak usaha untuk melamarnya. Bukan macam sesetengah lelaki, terus menyerahkan kepada keluarga untuk melamar, tanpa dia sendiri berani menzahirkan hasrat kepada empunya hati yang didamba itu. Atau paling tidak hanya cakap di mulut sahaja.
“Sudikah…”
Belum sempat Mukhriz menghabiskan ayat klise lamarannya, Haseena menghalang terlebih dahulu menyua jari minta disarungkan.
‘’Ya saya setuju,’’ jawabnya teruja.
‘’Amboi lajunya awak, belum sempat saya habiskan ayat yang dah saya plan dalam otak, dah karang berminggu-minggu.’’’ Balas Mukhriz pula namun hanya dibalas dengan senyuman girang Haseena.
“Tapikan Kita ni kan ada adat. Orang timur lagi. Janganlah samakan saya dengan gadis-gadis yang suka kahwin tanpa restu keluarga,”
“Pasal keluarga awak, itu jangan risau. Hari ni jugak saya akan jumpa selesaikan semua … Tapi…”
Haseena memandang wajah Mukhriz kehairanan. Mengapa perlu bertapi-tapi lagi? Desis hatinya. Dia mulai risau..
“Tapi kan…” ulang Mukhriz sengaja mahu menjolok reaksi Haseena
“Ish Tapi apa?” soal Haseena lagi..
“Andai kata awak tak nak terima, tak megapalah.’’ Pancing Mukriz lagi.
Pak!
Satu pukulan singgah di bahu Mukriz.
‘’Ish dia ni main-main lagi, orang dah kata setuju!’’
“Jadi awak nak lah ni?” soal Mukhriz mahukan kepastian.
“Tengok keadaan dulu,” jawab Haseena sedang ralit membelek cincin lamaran oleh Mukhriz yang dipakainya .
Share this novel