BAB 3

Crime Completed 8787

“Eleh, awak terima la tu. Kalau tak, takkan awak pakai cincin tu,” balas Mukhriz .

“Suka tak?” tanya Mukhriz .

“Suka. Tapi awak mesti kena tunaikan janji, jumpa dengan ayah saya hari ni jugak!” peringatan keras daripada Haseena . Dia tak mahu mereka mengikut budaya barat sangat.

“Ya saya tahu, jawab Mukhriz.

Mukhriz datang menunaikan janjinya pada Haseena , kini Mukhriz bertentang mata dan bersua muka dengan keluarga Haseena . Mereka berbual berkenalan memandangkan ini pertemuan pertama mereka semua. Dan pada akhir pertemuan, barulah Mukhriz berani mengumpulkan kekuatan untuk barulah menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Haseena . Ayah Haseena iaitu Haji Kadir tak menolak, bahkan tak juga memberi kata putus untuk terima kerana baginya segala keputusan ada di tangantuan empunta diri.

“Pak cik tak ada masalah. Kamu kena tanya sendiri dengan Haseena . Kalau dia kata okey, pak cik pun okey. Kalau pak cik kata okey, maka semua ahli keluarga pak cik kena akur untuk berkata okey,” jaminan daripada Haji Kadir ternyata menggembirakan hati Mukhriz .

Lantas, Mukhriz cepat-cepat menghubungi emaknya yang berada di Melaka untuk mempersiapkan rombongan meminang Haseena dengan segera . Segala perbelanjaan semuanya dia akan tanggung.

Selepas perbincangan keluarga, akhirnya hari dinanti tiba, Haseena selamat diikat dengan tali pertunangan. Adat orang tua jika berbincang soal bertunang, semuanya ingin disegerakan dan kalau boleh mereka ingin ia siap dalam tempoh singkat.

Bak kata Haji Kadir , bertunang itu ibarat hubungan bercinta, kalau dilambatkan meranalah jiwa bertingkahlah nafsu nan bergelora. Jika disingkatkan, giranglah kesemuanya maka syaitan pun menangis.

Hari itu Ijat datang bertemu Haji Kadir kerana tak berpuashati dengan khabar berita yang baru sahaja didengarnya.

“Tak adil! Mana boleh, Haji. Dua tiga hari lepas saya dah bagitau yang Haseena tu suka dekat saya dan saya menaruh hati padanya. Ini cinta dan perasaan suka sama suka. Dah kenapa tiba-tiba Haji kadir boleh tunangkan anak pka salman pulak,” ujar Ijat dengan riak wajah tak berpuashati namun masih ada tersimpan rasa hormat kepada Haji Kadir .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience