BAB 10

Crime Completed 8766

Bekalannya didapati melalui pengaruh Lan sebagai anggota polis yang kemudiannnya diambil untuk menjalankan perniagaan yang dapat mengaut keuntungan ratusan ribu.

Mukhriz dijatuhkan hukuman mandatori sebelum sempat pendakwaan terhadap kesalahan memiliki dadah dijalankan. Hukuman mandatori itu dikenakan apabila Mukhriz mengaku membunuh Ijat dengan pisau.

Mukriz sempat menerangkan yang semuanya berlaku dengan pantas. Ijat yang terkejut dengan tembakan yang diacah oleh Lan, terus menyerangnya. Mukhriz segera berlari ke dapur dan mendapatkan pisau dan terus menikam dada Ijat . Mazlan pula digantung tugas serta merta.

Mazlan digantung tugas, dan natijahnya pangkatnya diturunkan kepada konstabel.Kesalahannya adalah cuai yang disebabkan pistol hilang.

Hasil siasatan mendapati, tiga das peluru yang dilepaskan daripada pistol Mazlan dua daripadanya terkena pada lantai marmar dan satu lagi kena pada bahagian dinding ruang tamu manakala satu lagi kena tepay di bahagian dahi Haseena.

Pihak polis juga yakin bahawa dalang utamanya adalah Ijjat dan ijatlah yang bertanggungjawab menembak Haseena memandangkan cap jari ijat ada pada peluru itu. Dan tindakan Ijat itu mendorong Mukhriz menikam Ijat dengan pisau. Mazlan terlepas dari semua dakwaan kerana dia punya alibi yang kuat dari didakwa apatah lagi dia adalah abang kandung kepada si mati.

Ia bemula daripada sebuah dendam dan amarah penuh obsesi dari seorang lelaki kepada si dara pujaannnya. Ijat adalah asbab kepada semua ini berlaku namun dalang utamanya meski tidak ditahui oleh pihak berkuasa, tapi tetap tidak menafikan hakikat yang berselubung di sebalik kisah tragis ini.

Betapa kuasa wang ringgit dan dadah itu adakalanya bisa mengatasi kuasa kepekatam darah yang mengalir sama dalam tubuh kita, betapa entengnya nyawa manusia hatta darah daging sendiri di mata manusia yang dakalanya lebih binatang dari binatang. Betapa cinta juga yang disebut kuasa terbesar dunia pun adakalanya tak mampu melawan kerakusan manusia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience