Ugutan Lan sedikit pun tak menggetarkan Ijat . “Rilekslah, abang PDRM. Apa kau ingat aku tak tahu apa aktiviti kau sebelum dapat kerja polis. Kau pun sampah macam aku jugak. Mentang-mentang belajar sampai universiti, kau ingat kau boleh lari. Rahsia kau semua dalam poket aku lah bro,” ugut Ijat .
Baran dan amarahnya sudah sampai ke kemuncak. Penumbuk sudah diangkat ke belakang untuk dihayun sekuat hatinya ke muka Ijat .
“Abang!” mujur Haseena sempat menghalang. Haseena baru sahaja sampai ke perkarangan rumah dengan kereta yang dipandu Mukhriz .
“Lebih baik kau kunci mulut kau, sebelum aku peluru ni sampai perut kau,” bisik Lan tegas kepada Ijat .
Ijat kemudian menepis keras genggaman bajunya daripada Lan. Elok sahaja Ijat melihat Mukhriz keluar dari kereta, terus dia mengubah fikirannya. Serta merta dia berambus dari situ. Sewaktu dia melangkah bersebelahan Mukhriz , sempat lagi Ijat berlaga bahu dengan Mukhriz menyebabkan Mukhriz tersandar ke pintu kereta terpinga kehairanan
“Jangan dilayan sangat mat gian tuMukhriz !” laung Lan sengaja ditinggikan suara untuk menggoncang kemarahan Ijat.
Lusanya, Ijat datang ke rumah banglo milik Mukhriz dengan plastik berisi gam. Kembang-kempis sahaja plastik itu tatkala disuakan bahagian terbukanya ke bibir Ijat . Selepas hisap, bibirnya tersenyum khayal di dunianya sendiri. Keluarga Mukhriz tiada di rumah pada masa itu kerana mereka menghadiri upacara konvoksenyen adik perempuan Mukhriz di Manchester.
Beberapa minit kemudian, pintu pagar dibuka secara automatik. Lantas Ijat melangkah masuk ke dalam rumah. Tangan kirinya memegang botol kaca. Lalu dipecahkan dan yang berbaki adalah muncung kaca tajam.
“Mukhriz !!! Aku nak Haseena ! Bagi dia kat aku sekarang… Kalau tak aku sendiri masuk dalam rumah, ambil dia!” teriak Ijat.
“Woi biantang, Ijat !” teriak Lan.
“L… Lan?! APa kau buat di sini?”
Sementara itu, Mukhriz yang memandu kereta jenis Range Rover, menghantar Haseena pulang ke rumah. Dalam perjalanan, sempat Mukhriz beritahu kepada Haseena bahawa abang Haseena iaitu Lan ada di rumahnya.
Share this novel