“APa along buat di sana?” soal Haseena kepada Mukhriz sedikit cemburu. Maklumlah, dia langsung tak pernah jejakkan kaki ke rumah Mukhriz .
“Ada kerja sikit,” jawab Mukhriz bersahaja.
“Saya tak kira. Apa pun jadi, saya tak nak turun dari kereta ni,” rengek Haseena sembil memuncungkan bibirnya. “Saya nak pergi rumah awak, walaupun sekejap,”
Mukhriz ketawa kecil. “Kita dah sampai rumah awak ni takkan nak patah balik pula,”
“Arhhh Tak kira! Saya tak nak keluar,” tegas Haseena sambil memegang erat tali pinggang keselamtan.
“Baiklah . Tapi biar saya telefon abang awak dulu,”
“Tak perlu!” segera Haseena merampas handphone.
Mukhriz nampaknya tak ada pilihan melainkan terpaksa berpatah balik dan memandu ke rumahnya. Wajahnya tampak sedikit cuak apabila Haseena merampas telefon pintar miliknya.
Sebaik tiba di hadapan rumah, Mukhriz agak terkejut apabila mendapati pintu pagar automatiknya dibiarkan ternganga tak dikunci. Mukhriz meleyakkan kereta di ruang garaj.
“Haseena, Awak tunggu sini kejap ye,” pinta Mukhriz kepada Haseena .
“Kenapa? pelik” tanya Haseena hairan
“Entah kenapa saya tak sedap hati. Awak tunggu sini kejap je. Kalau dalam masa lima minit saya tak datang, awak boleh masuk atau taknak terpulang.,” kata Mukhriz .
“Okey,” Haseena setuju namun sedikit gusar.
Mukhriz segera berlari-lari masuk ke rumahnya. Sampai sahaja ke muka pintu, Mukhriz terkesima melihat Ijat sedang menghunus botol pecah bermuncung kaca tajam ke arah Lan.
“Woi Lan! Mukhriz ! Aku datang… aku datang nak tuntut Haseena aku! Pulangkan dia pada aku!” jerit Ijat masih terserlah pengaruh khayal gam di wajahnya.
Share this novel