BAB 6

Romance Completed 8581

Dia berdiri di sebelah kanan aku. Hari ini dia nampak lebih kacak daripada biasa dengan kemeja hitam, tali leher biru, seluar slet hitam, dan kasut kulit. "Saya minta maaf. Tak sengaja tadi. Nanti saya order
yang lain." Sopannya dia bercakap.

Tapi pandangan dia tak sama macam kata-katanya. Dari pandangannya aku tahu dia sedang marah kepada aku. Tapi kenapa? Adakah sebab aku terima ajakkan Akiko?

"Tak perlu. Saya boleh beli sendiri. Hisoka, awalnya kamu sampai. Meeting dah habis ke?" Sepatutnya dia datang petang ini bukan tengah hari ini.

Hisoka menyeluk poket seluarnya kirinya dan mengeluarkan sebuah Samsung Galaxy hitam. Itu smart phone aku? Kenapa ada dengan dia pula?

"Dah habis. Nah, dah tiga kali telefon ni mengganggu meeting saya tadi. Rasa masa macam nak buang dalam kolam je. Lain kali janganlah tinggal merata-rata kalau rasa diri tu pelupa." Dia sindir aku ke? Dekat depan Akiko pula tu. Malunya!

Aku mengambilnya. "Terima kasih. Nak cepat sangat tadi sampai terlupa pula." Aku sengaja buat-buat ketawa.

"Er....Doktor kenal dengan dia ke?" Soalan Akiko telah hentikan tawaan aku.

"Memanglah kenal sebab dia anak angkat kakak aku. Kami tinggal serumah." Aku memang jujur.

Akiko menguntumkan senyumannya. "Patutlah kacak sangat. Selamat berkenalan. Saya Akiko. Jururawat baru di sini." Akiko nampak mesra dengan Hisoka tapi Hisoka berwajah dingin dengan Akiko.

"Saya nak beri satu amaran. Jangan cuba dekati jiwa pak cik saya atau tiada lagi esok untuk kamu," ujarnya dengan padangan yang dingin kepada Akiko.

Aku tak sangka dia akan cakap macam tu. "Hisoka, kenapa kamu cakap macam tu?" Aku bengang dengan kata-kata kurang sopannya tadi.

Pandangan dinginnya beralih kepada aku. "Sebab saya tak suka perempuan gedik macam dia." Matanya ditujukan kepada Akiko.

Hisoka memang tidak beradab. Aku bingkas bangun dari kerusi dan menghadapnya. "Kenapa kamu biadap sangat ni? Jangan sesuka hati menuduh orang tanpa soal siasat. Kamu memang suka menilai orang dan buat hipotisis sendiri, kan."

"Cis, saya tak akan menilai seseorang itu dari luaran saja tetapi dalamannya juga. Doktor Ryoma patut bersyukur sebab saya ada di sini." Dia mengatur langkah meninggalkan kami di sini. Banyak mata melihat situasi ini.

"Hisoka! Kamu nak ke mana?" Jerit aku tatkala dia pergi dari situ.

Langkahnya berhenti. "Saya tak akan tolong kalau doktor dalam masalah lagi. Jangan cari saya lagi dan jangan sebut nama saya lagi!" Dia terus melarikan diri selepas berkata sedemikian. Dia merajuk lagi.
Pandangan aku beralih kepada Akiko. Wajah Akiko ditundukkan. "Akiko, saya minta maaf. Hisoka tu memang macam tu. Saya pun dah tak tahu macam mana nak jaga dia," keluhku.

Akiko mengangkat wajah dan melihat ke arah aku."Tak mengapa. Dia tu muda lagi. Dia memang betul-betul sayangkan doktor."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience