BAB 9

Romance Completed 8581

Hisoka mencapai sepucuk pistol dengan pantas dari poket seluar belakangnya lalu melepaskan sedas tembakan tepat pada jantung Akiko. Akiko rebah ke lantai. Selepas itu, Hisoka melepaskan tembakan tepat pada hadiah yang diberi oleh Akiko. Ada cecair merah yang wangi mengalir keluar dari kotak itu dan menitis ke lantai. Cecair itu mengeluarkan asap seperti asid dan meninggalkan lubang pada karpet.

Dua das tembakan dilepaskan tepat pada kepala Akiko dengan wajah tanpa perasaan. Akiko lenyap selepas tembakan terakhir. Pergerakkan aku kembali bebas.

Hisoka mengatur langkah menuju ke arah aku. "Kalau saya lambat sesaat lagi, mesti Doktor Ryoma dah jadi korban dia. Kalau dia berjaya cium doktor tadi, dia akan ambil jiwa Doktor Ryoma. Lepas itu, beri doctor minum racun tu. Dia buat semua tu sebab dia mahu hidupkan semula suaminya yang telah mati seminggu yang lalu."

"Macam mana kamu tahu dia jahat?" Aku menghadap ke arahnya.

"Sebab saya pernah nampak dia campurkan racun dalam kopi latte di kafe hari tu," jelasnya yang berdiri di hadapan aku.

"Jadi, sebab itulah awak buat hal hari tu."

"Ya."

"Hisoka, saya nak minta...." Hisoka hilang keseimbangan sebelum sempat aku meminta maaf kepadanya. Aku menyambut tubuhnya dari jatuh ke lantai.

"Hisoka!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience