BAB 13

Romance Completed 8581

Tekaan dia memang tepat. Nasib baik pembedahan tu selamat dijalankan. Tapi Hisoka pula..... "Hisoka!" Aku bergegas menuju ke arah tangga di mana Hisoka telah rebah. Aku tak tahu apa yang telah berlalu. Yang pasti mulutnya dan tapak tangan kanannya berdarah.

Aku mengangkatnya dan menapak turun anak tangga untuk dibawa ke hospital. "Hisoka, bertahanlah." Hisoka dikejarkan ke hospital.

Aku menjalankan pemeriksaan ke atas Hisoka selaku doktor peribadinya. Ternyata barah otaknya telah mencapai tahap tiga tanpa aku ketahui. Walhal sebelum ini aku dah periksa tahapnya masih tahap satu.

Sepanjang masa aku menjaganya di hospital ini. Bila agaknya dia akan sedarkan diri? Rakan sekerja aku cadangkan supaya lakukan pembedahan segera tapi aku tak sanggup lakukan pembedahkan otak terhadap insan yang aku cintai. Aku takut aku akan kehilangan dia.

Jari-jemari Hisoka bergerak-gerak. Aku dapat merasai gerak itu ketika aku memegang tangan kirinya. "Hisoka?" Bebola matanya bergerak-gerak dan dia membuka matanya.

Dilihatnya ke arah aku. Senyuman manis terukir pada wajahnya. "Selamat pagi, Doktor Ryoma."

"Selamat pagi. Syukurlah. Kamu dah sedar." Air mata mengalir membasahi pipiku tanpa aku perasani.

Hisoka ketawa kecil. "Janganlah menangis. Saya masih belum mati lagi." Aku tergamam apabila mendengar kata-katanya.

Aku mengesat air mata dengan menggunakan lengan kot putih. "Awak tahu tak, dah berapa lama awak pengsan sejak hari tu? Dah dua minggu, tahu tak. Doktor Lucy cadangkan supaya saya jalankan pembedahan otak awak. Tapi saya nak tunggu awak sedar sebelum saya lakukan pembedahan itu."

Genggaman tangannya erat. Mata hazelnya melihat ke arah aku dengan penuh harapan. "Lakukan saja. Saya dah bersedia."

"Tapi awak baru sedar." Aku keberatan untuk melakukannya.

"Tak mengapa. Asalkan saya dah dapat lihat wajah Doktor Ryoma sebelum pembedahan dilakukan." Senyumannya. Aku tak nak kehilangan senyumannya lagi.

"Baiklah. Saya akan lakukannya demi awak." Aku cuba tabahkan hati untuk menerima hakikat bahawa dia perlukan pembedahan daripada doktor pakar seperti aku.

Perlahan-lahan Hisoka memejamkan matanya. "Terima kasih, Doktor Ryoma."

"Hisoka, bertahanlah. Saya yakin, awak akan selamat." Aku menggenggam erat tanganya lalu aku mengucup tangannya dengan penuh kasih sayang.

"Doktor Ryoma, dengar sini baik-baik. Akan ada seorang gadis yang mencari identiti dirinya pada saat dia keseorangan. Dia ialah seseorang yang sering memerhati setiap gerak-geri Doktor Ryoma sejak dulu lagi. Tolonglah perkenalkan diri Doktor Ryoma dan dirinya kepada dia nanti. Ceritakan segalanya tentang diri Doktor Ryoma kepada dia," jelas Hisoka sambil pejam mata.

"Tapi kenapa?" Aku tak faham niat sebenarnya.

"Doktor Ryoma akan tahu juga nanti. Selamat berjaya." Kata-katanya sampai di situ sahaja. Pembedahan dijalankan selepas setengah jam aku keluar dari wad Hisoka. Pembedahana yang sangat mencabar bagi aku sehingga aku mengalirkan airmata ketika melakukan pembedahan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience