BAB 10

Romance Completed 8581

Seminggu berlalu selepas kejadian itu berlaku. Hisoka pula baru keluar dari hospital. Sebenarnya, tiga hari yang lalu dia bukan lari dari rumah tapi dia pergi ke Jerman atas urusan syarikat keluarga aku. Waktu pulang ke Aichi pada malam itu, dia terlihat dengan kes membanteras pengedaran dadah di lapangan terbang Aichi. Hisoka dan beberapa orang anggota polis telah diserang oleh sekumpulan penjenayah sehingga parah. Kemudian, ahli-ahli anggota polis itu di bawa ke hospital setelah misi Berjaya tetapi Hisoka pula terus pulang ke rumah sebab risaukan aku. Katanya, dia dapat rasakan aku dalam bahaya.

"Hisoka, betulkah kamu ialah seorang peramal seperti Akiko katakan?"

Soal aku sambil menapak naik anak tangga menuju ke bilik Hisoka. Aku membawa sebuah beg sandang hitam milik Hisoka pada tangan kiri aku. Manakala, tangan kanan aku memimpin Hisoka menapak naik anak tangga.

"Kalau betul pun, saya tetap tak percayakan ramalan tu." Hisoka melihat ke arah aku dengan wajah dinginnya. Dia memang nampak macam tak ada perasaan tetapi hakikatnya bukan macam tu.

Aku memulas tombol pintu setibanya kami di bilik Hisoka. "Kalau tak percaya, kenapa awak beritahu saya masa tu. Sebelum kejadian hari tu." Soal aku tatkala aku teringat kata-katanya pada malam sebelum kejadian.

Kami melangkah masuk ke dalam bilik. Aku dapat merasakan genggaman tangan Hisoka semakin erat. "Hanya sebagai langkah berjaga-jaga."

Langkahnya berhenti secara tiba-tiba. Langkah aku turut berhenti. Hisoka berdiri di hadapan aku dengan riak wajah yang berbeza dari biasa. "Sebab saya tak nak kehilangan Doktor Ryoma. Cinta saya hanya untuk Doktor Ryoma." Mata hazelnya melihat tepat pada anak mata aku. Dia memang cantik dengan pakaian kasual ala gadis comel. Sudah lama aku tidak lihat dia berpakaian sedemikian sejak dia terlibat dengan penyiasatan.

"Hei, dengar tak ni?" Aku tersedar dari lamunan apabila Hisoka meninggikan suaranya. Aku melihat ke arah wajah Hisoka yang mula berona merah. Pandangannya dipalingkan ke arah lain apabila aku tersenyum melihatnya.

Aku menyentuh dagunya supaya dia melihat ke arah aku. "Betulkah macam tu? Kenapa tak cakap sejak dulu lagi?"

Wajahnya yang sangat merah. "Se...Sebab saya sibuk. Doktor pun sibuk."

Aku sengaja mendekatkan wajah aku kepada wajahnya. "Malam tak sibuk, kan? Kalau sejak dulu lagi awak beritahu saya, kan senang. Sebab saya pun cintakan awak juga sejak kali pertama kita bertemu." Aku mengucup bibirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience