BAB 1

Romance Completed 8581

Dek kerana kesibukan kerja aku masih belum berkahwin di usia yang semakin Lanjut ni. Hidup aku di kelilingi dengan darah, tidak sah sehari tanpa darah. Pisau, jarum dan benang menjadi mainan aku setiap hari. Nama aku Mitsue Ryoma, seorang doktor pakar bedah yang baru bertugas di daerah Aichi.

Aku terus pulang ke rumah setelah selesai menjalankan tugasan di hospital. Tapi mungkin malam ini aku akan pergi ke hospital lagi jika ada panggilan kecemasan. Itu memang perkara biasa bagi seorang doctor pakar seperti aku.

Sebuah Lamborghini hitam meluncur laju memasuki pekarangan rumah mewah milik aku yang terletak tidak jauh dari tempat kerja aku. Enjin kereta di matikan di garaj. Aku keluar dari kereta dan melihat ke sekeliling. Aku sedang mencari sebuah Vios hitam milik anak angkat kakak aku, Michi Hisoka. Dia masih belum balik lagi walaupun dah malam macam ini.

Aku mengatur langkah menuju ke pintu rumah. Aku mencapai kunci di dalam poket kanan seluar aku dan membuka pintu. Suasana di dalam rumah masih kelihatan kemas walaupun sudah dua hari aku tidak pulang ke rumah. Rasa pelik pula. Selalunya rumah ini bersepah bila aku balik sebab Hisoka tu suka buat semak. Merata-rata dia campak barang-barang dia tu. Aku melangkah masuk ke dalam rumah dan menutup pintu. Aku terus menapak naik anak tangga menunju ke bilik aku untuk berehat dan mandi.

Aku menonton televisyen sendirian. Ketika ini jam menunjukkan detik 10 malam, Hisoka masih belum pulang. Ke mana dia pergi? Selalu sangat buat aku risau. Sudah banyak kali aku telefon tapi dia tidak menjawabnya. Macam mana kalau dia.....

Pintu rumah diketuk oleh seseorang lantas aku bergegas menuju ke arah pintu dan membukanya. Hisoka berdiri di hadapan pintu sambil menggalas beg sebuah sandang berwarna hitam pada bahu kirinya. Pada tangan kanannya terdapat sepucuk pistol berwarna hitam. Wajah kacaknya telah bercalar dan mulutnya berdarah. Eh, bukan kacak tapi cantik. Hisoka tu perempuan sebenarnya tapi disebabkan tugasan, dia terpaksa berpakaian sedemikian.

"Apa yang dah berlaku? Terlibat dalam kes lagi ke?" Soal aku seraya dia melangkah masuk ke dalam rumah. Wajahnya tampak dingin. Langsung tak pandang aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience