BAB 11

Romance Completed 8581

Pintu bilik aku dibuka oleh seseorang tanpa mengetuknya terlebih dahulu. Hisoka muncul di muka pintu sambil mengheret bantal dan selimutnya. Ketika ini dia kelihatan seperti kebudak-budakkan. Langkahnya menuju ke arah katil di mana aku berada. "Hisoka, kamu mimpi buruk lagi ke?"

Dia tidak menjawabnya. Hisoka hanya melabuhkan punggungnya di atas tilam. Bantal dan selimutnya ditinggalkan di tepi katil. Tubuh aku dipeluknya dengan erat. "Jangan tinggalkan saya." Ujarnya dalam tagisan.

Aku melabuhkan tapak tangan kanan di atas kepalanya. "Bertenang. Saya ada di sini. Janganlah menangis."

"Saya nak tidur sini malam ni," pintanya sambil melihat wajahku.

"Er...Okey. Tapi boleh tak awak lepaskan saya dulu." Kalau aku cakap tak boleh pun, dia tetap akan tidur sini juga. Aku dah biasa dengan semua ini. Hidup dengan seorang gadis yang sukar difahami.

Kemudian, tubuh aku dilepaskannya. Badannya direbahkan di sebelah kanan aku. Selimut ditarik dan matanya dipejamkan. Aku memang tak boleh tidur kalau dia ada atas katil aku. Aku takut aku hilang kawalan.

"Jangan tinggalkan saya," ujarnya sambil memeluk tubuh aku.

Aku mengeluh, "Ya." Aku membelai rambutnya sehingga dia lena diulik mimpi indah.

Aku mengalihkan tangannya jauh dari badan aku. Aku berdiri dari katil. Langkah aku menuju ke arah sebelah kanan katil di mana Hisoka meninggalkan bantal dan selimutnya. Kemudian, aku menuju ke arah sebuah sofa yang terletak di dalam bilik aku. Rasanya ini lebih bagus daripada aku tidur sekatil dengan dia. Sebelum ni aku langsung tak tidur bila dia bersama-sama aku di atas katil.

Suasana yang selesa walaupun tidur di atas sofa. Aku terlena selepas beberapa minit pejamkan mata.

Kedengaran bunyi jam digital tepat pada pukul 6:00 pagi. Aku terjaga dari lena. Aku menggeliat dan duduk di atas sofa. Perasaan yang kurang enak mula menerjah diri aku. Aku dapat merasakan ada sesuatu yang lembut pada tapak kaki kanan aku. Itu bukan karpet gebu kesayangan aku tapi itu... "Hi...Hisoka?" Aku dah terpijak dia punya patutlah lain macam rasanya. Aku segera mengangkat kaki ke atas sofa.

Kenapa dia tidur dekat tepi sofa ni? Nasib baik aku tak berdiri lagi. Kalau tidak..... Aku memang tak boleh bayangkan perkara itu berlaku!

Hisoka membuka matanya. Pandangnya terus ke arah aku. Disentuhnya dada yang aku telah terpijak tadi. Mesti dia rasa sakit. Dia duduk menghadap ke arah aku. Kenapa dia pandang aku macam tu?

Hisoka menguntumkan senyuman manisnya kepada aku. "Selamat pagi, Pakcik Ryoma." 'Pakcik' dia panggil aku. Tak apalah. Asalkan dia gembira. Dah lama aku tak lihat senyumannya sejak kakak dan abang tinggalkan dia kepada aku.

Aku melabuhkan tapak tangan kanan di atas kepalanya sambil mengukir senyuman mesra. "Selamat pagi, Hisoka. Kenapa kamu tidur di sini? Nanti kamu demam sebab kesejukan."

"Sebab bila berjauhan dengan Doktor Ryoma, semua mimpi ngeri mencari saya. Tapi bila doktor ada di sisi saya, hanya mimpi indah yang saya rasai." Wajah kebudak-budakkan dia buatkan aku berasa tenang apabila melihatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience