BAB 15

Romance Completed 8581

Hisoka berdiri di hadapan aku. Mata bertentang mata. "Hai," sapa Hisoka kepada aku.

"Hai." Dia langsung tak berubah. Masih sama macam dulu. Berpakaian seperti lelaki tapi bukan dalam waktu bertugas.

"Hisoka ingat lagi tak Doktor Ryoma. Dulu Hisoka pernah tinggal serumah dengan dia," jelas kakak sambil menghampiri Hisoka.

Hisoka melihat ke arah kakak. "Er... Saya tak ingat pula pasal tu. Tapi nama dia saya rasa macam pernah dengar. Dalam telefon dan diari saya pun ada nama dia."

Aku terkejut apabila mendengarnya. Dia dah hilang ingatan rupanya. Aku mendekato Hisoka. "Hisoka, awak dah lupakan saya ke? Saya Doktor Ryoma, doktor peribadi awak dan teman lelaki peribadi awak." Aku harap dia dapat ingat semua itu. Aku tak mahu kehilangannya lagi.

"Doktor peribadi dan teman lelaki peribadi?" Jelas pada wajahnya perasaan tertanya-tanya.

"Ya." Jawab aku dengan senyuman.

Kami memulakan semula hubungan kami di samping membantu Hisoka mendapatkan kembali ingatannya secara perlahan-lahan. Pegenalan kami bermula dengan "Hai, apa khabar? Nama saya Mitsue Ryoma, doktor dan boyfriend peribadi kamu. Selamat kembali di sisiku."

"Akan ada seorang gadis yang mencari identiti dirinya pada saat dia keseorangan. Dia ialah seseorang yang sering memerhati setiap gerak-geri Doktor Ryoma sejak dulu lagi. Tolonglah perkenalkan diri Doktor Ryoma kepada dia nanti. Ceritakan segalanya tentang diri Doktor Ryoma dan dirinya kepada dia."Itulah maksud disebalik kata-kata Hisoka sebelum ini. Ya, perkenalkan diri aku kepada Hisoka yang baru di hadapan aku ini.

"Khabar baik. Saya, Michi Hisoka. Seorang detektif dari Berlin." Berlin ialah tempat kelahirannya. Wajah kacukan Jepun-Jerman ini memang cantic atau kacak. Memang dari dulu lagi aku tak tahu nak bezakannya sebab wajahnya sangat sesuai untuk jadi sesiapa saja yang dia mahu, lelaki atau perempuan.

Demikianlah kisah aku sebagai doktor peribadinya sehingga status aku bertukar menjadi teman lelaki. Aku sentiasa ada disisi bila-bila masa diperlukan dalam suka atau duka. Aku berdoa agar perjalanan hidup kami akan happy ending, cuma ada satu perkara yang mungkin tidak akan berubah iaitu kami sentiasa dikelilingi oleh darah, antara doktor pakar bedah dan penyiasat yang bergelumang dengan senjata. Siapapun kita, di dunia ini mana mungkin kita bisa menolak takdir cinta, ya cinta yang bagiku umpama sihir. Cinta itu benar-benar punya satu kuasa ‘sihir’ yang kuat dan aku sedang menikmatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience