BAB 5

Romance Completed 8581

Aku mengambil semua barangnya dan dibawa ke biliknya. Aku mengetuk pintu sebelum masuk ke dalam. Tombol pintu dipulas dan aku menjenguk ke dalam biliknya. Dia tiada di dalam bilik. Aku masuk ke dalam bilik dan letak barang-barangnya di atas katil. "Ke mana dia pergi?"

Aku pusing ke belakang dan menuju ke arah pintu. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat Hisoka berdiri di hadapan pintu dengan rambut kusut masai dan masih lekat bau darah malam tadi. Dia masuk ke dalam bilik tanpa menegur aku. Itu perkara biasa.

Langkah aku terus menuju ke dapur untuk meyediakan sarapan seperti biasa. Selepas itu, aku pergi ke tempat kerja.

Pintu bilik aku diketuk oleh seseorang dan dibuka. "Maaf kerana mengganggu. Doktor Ryoma, ini fail persakit tadi." Akiko meletakkan fail rawatan di atas meja.

"Doktor dah lunch? Saya ingat nak ajak doktor makan sama-sama di kafe," ujarnya dengan senyuman manis yang buatkan hati aku hampir cair. Akiko ialah jururawat baru di hospital ini. Aku baru kenal dia selama seminggu sepanjang aku bekerja di sini.

Aku mencapai fail tersebut dan menyimpannya ke dalam rak dokumen kesihatan. "Boleh juga. Saya pun tengah lapar ni." Aku bangun dari kerusi. Kami bersama-sama menuju ke kafe untuk makan tengah hari.

"Doktor Ryoma, kalau ada jururawat ajak makan sama-sama, doktor jangan pergi. Bahaya."Kata-kata Hisoka tiba-tiba muncul dalam fikiran aku.

"Doktor Ryoma," panggilan Akiko memecahkan lamunan aku. "Kenapa termenung? Tak sihat ke?" Soalnya yang kelihatan risau.

"Saya sihat je. Er.... Akiko. Saya nak pergi ke tandas kejap. Makanan pun belum sampai lagi." Aku meminta diri dan berlalu pergi dari meja makan di kafe ini. Aku terus menuju ke tandas.

"Kalau Doktor Ryoma degil juga, tanggunglah sendiri. Walaupun dia bukan kaki kikis tapi dia kaki tusuk jiwa."Suara Hisoka muncul lagi dalam fikiran aku.

Aku tak faham maksudnya. Adakah Hisoka cemburu kalau ada jururawat keluar makan dengan aku? Dia ada hati dengan aku ke?

Aku bergegas menuju ke arah meja di mana Akiko berada lalu aku duduk di tempat aku. "Makanan dah sampai. Maaflah sebab buatkan kamu menunggu."

"Tak mengapa. Makanan baru je sampai." Dia seorang gadis yang sangat cantik dan sempurna di mata aku. Aku rasa aku dah jatuh cinta terhadapnya.

Senyuman manis sentiasa terukir pada wajah jelitanya. "Jemput makan, Doktor Ryoma."

"Ya." Aku mencapai secawan kopi latte untuk di minum. Tanpa diduga, seseorang telah melanggar tangan kanan aku sehingga cawan tersebut terlepas dari tangan aku dan pecah.

Aku terkejut dan mula berasa marah. "Apa masalah ka....." Hisoka? Apa yang dia buat di kafe ni? Kenapa dia pandang aku macam tu? Dia pandang aku macam musuh dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience