BAB 4

Romance Completed 8581

Aku mengatur langkah menuju ke arah tangga untuk pergi ke bilik. "Doktor Ryoma, petang esok saya ada temu janji, kan?" Yalah, esok aku kena periksa otak dia.

Aku berpaling ke arahnya. "Ya. Jangan lupa datang ke hospital esok."

Cuma sebagai peringatan. "Pagi esok kamu nak ke mana?"

Dia mencapai ubat lalu dimasukkan ke dalam mulutnya dan segelas air diminumnya. "Ada meeting dekat pejabat Pakcik Minato."

Aku menapak naik anak tangga. Helaan keluhan kedengaran berat tatkala aku melepaskannya. "Jaga diri baik-baik." Aku terus menuju ke bilik aku.

Aku ingat abang main-main saja hari tu. Rupa-rupanya dia memang betul-betul libatkan Hisoka dalam syarikatnya. Hisoka masih remaja untuk laksanakan tugasan dalam syarikat tu. Kalau ikut rancangan abang, lepas ini dia nak masukkan Hisoka dalam senarai CEO syarikat keluarga aku. Kesian betul dekat budak tu. Masa dia dah banyak sangat terbahagi. Nak belajar lagi, jadi detektif dan uruskan syarikat sementara abang dan kakak pergi ke Jerman.

"Doktor Ryoma, kalau ada jururawat ajak makan sama-sama, doktor jangan pergi. Bahaya." Kata-katanya buatkan langkah aku terhenti. Macam mana dia tahu ada jururawat yang akan ajak aku makan esok? Ada orang beritahu dia ke?

"Kalau Doktor Ryoma degil juga, tanggunglah sendiri. Walaupun dia bukan kaki kikis tapi dia kaki tusuk jiwa." Hisoka bangun dari sofa dan mengatur langkah menuju ke bilik bacaan yang terletak di tingkat satu ini.

'Kaki tusuk jiwa' tu apa? Dia memang suka buatkan aku pening dengan kata-kata kiasannya.

Malam berganti siang. Mentari pagi semakin menampakkan sinarnya dari setiap sudut. Aku bergegas menuju ke ruang tamu selepas siap berpakaian kemas untuk pergi ke tempat kerja. Pagi-pagi lagi suasana di ruang tamu ini kurang menyenangkan. Mana tidaknya, barang-barang Hisoka masih bersepah di ruang tamu sejak malam tadi. Gelas dan ubat pun masih ada di atas meja tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience