BAB 14

Romance Completed 8581

Sebulan telah berlalu sejak pembedahan itu. Hisoka pun dah keluar dari hospital. Tapi masa dia keluar tu aku tak ada di Aichi sebab aku ada kursus di Tokyo. Kakak kata, Hisoka telah dibawa pulang oleh ibu
saudaranya di Berlin. Tak sempat juga aku nak bertemunya buat kali terakhir.

Aku bosan sendirian di rumah. Jadi, aku ambil keputusan untuk pergi shopping sendirian. Hidup aku sunyi tanpa Hisoka di sisi.

Bunyi hentaman kuat dan kaca berderai telah menarik perhatian aku. Aku melihat seseorang terjun dari tingkat tiga bangunan shopping mall. Kaca yang pecah telah jatuh berderai di atas lantai tingkat satu. Seorang lelaki mendarat di situ. Aku tidak dapat melihat wajahnya kerana topi dan hud hitam itu menghalang penglihatan aku. Yang pasti dia kelihatan seperti samurai yang cekap bersenjata pedang.

Seorang lagi lelaki terjun dari tingkat tiga dan berdiri di hadapannya. Pada tangan kanannya terdapat sepucuk pistol. "Jangan ingat kekuatan kau setanding dengan aku. Yakuzan macam kau tak layak menentang aku," ujar lelaki itu dengan bangga diri.

"Hakikatnya, semua konco kau dah tewas. Lebih baik kau serah diri kepada pihak polis. Kalau kau teruskan juga berhadapan dengan aku, parah jawapannya." Ujar samurai yang memegang pedang itu.

"Cis, jangan harap aku akan menyerah diri." Dia meluru ke arah lelaki itu sambil melepaskan dua das tembakan. Samurai itu mengelak dan memotong peluru tersebut menggunakan pedangnya.

Kemudian, samurai itu meluru ke arah lelaki itu sambil melibas pedangnya. Gaya perlawanannya seperti sebuah tarian. Tanpa diduga, bahu kiri samurai itu terkena peluru. Hanya sedikit calar.

Sekejap! Itu bukankah gaya....Hisoka? Aku kenal gaya tu sebab aku pernah lihat dia berlatih di rumah sebelum ini. Tapi bila dia balik ke sini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience