Series
9781
Sudah 3 tahun aku menetap di asrama anak yatim. Pelbagai dugaan yang aku hadapi. Aku sedar dalam dunia bukan hanya manusia yang menghuni. Aku melihat mereka. Dan mereka melihat aku...malah mereka sedang melihat kalian... . Peristiwa yang paling aku tak dapat nak lupakan berlaku pada pukul 3 pagi hari jumaat... . sebelum kejadian . "kak echa, miza nak tidur dulu dah pukul 12 malam ni" kata aku. "alah awal lagi la dik, temanlah akak siapkan kerja sekolah ni" kak echa buat muka. "esok nak sekolah lah kak, miza tidur taw, akak jangan lupa tutup pintu pulak, kang x pasal je warden tu membebel.. goodnite akak" aku tarik selimut langsung lelap. . pukul 3 pagi... . Aku terjaga bila tiba2 rasa angin sepoi2 bertiup.. aku bangun tengok rupanya pintu tak bertutup "alahai kak echa ni.. aku dah pesan tutup pintu dia tak tutup pula. Buatnya ada yang lalu lalang kang tak pasal pulak" gumam aku sambil berjalan nak tutup pintu.. Tiba2 aku nampak kak aisyah dari bilik sebelah berkemban lalu depan koridor bilik aku. Aku yang terpisat2 ni pun tegur lah "oii kak aisyah! buang tebiat ape akak mandi pepagi buta ni.. tak sejuk ke?? tak takut??" kak aisyah berhenti... Aku pulak jadi pelik sebab kenapa kak aisyah macam melayang2. Kak aisyah pusing...dan dia tersenyum melihat aku... Allah! baru aku perasan separuh dari badan dia tiada!!! darahnya menitik2 keluar dari paras pinggang yang tiada...... "alahaii..time2 mcm ni laa kau nak bergurau, lemah lutut dikk oiii macam tauhu!" dengan pintu tidak bertutup aku terus melompat ke katil. Muka aku tutup kan dengan bantal. Tiba2 aku rasa ada sesuatu bernafas di tengkuk.. bau nya ya allah! bau hamis tanah dan bangkai! dengan perlahan aku pusing menghadap 'sesuatu' dan aku turun kan bantal. Entah mana datang berani nya aku buat macam tu. Sedikit demi sedikit aku buka mata... Allahu! aku dapat lihat di depan ku sesuatu yang bertali..mata ku lurut kan ke bawah.. satu per satu tali jelas terikat dibadan 'sesuatu' itu sehingga ke hujung kakinya! aku langsung tak berani nak tengok muka nya...perasaan aku waktu tu allah je yg tahu! Segala jenis surah aku baca terkumat kamit.. sampaikan doa makan doa buka puasa pun aku balun.. perlahan2 aku bangun dan capai selimut dihujung kaki sambil 'sesuatu' itu masih kekal berbaring...terus aku selimut satu badan dan baring semula!! . dalam hati aku terdetik 'kenapalah aku baring balik sebelah natang ni! ya allah' segala tok nenek surah ku baca sehingga terasa lapang disebelah.. 'alhamdulillah' detik hati aku.. . keesokannya aku demam panas selama 3 hari dek diganggu 'sesuatu' yang digelar pocong... . p/s: maaf ya, kalau ayat mcm ntah pape. aku ni baru je gedik2 nk menulis ^.^ . p/s: nantikan pengalaman aku yg lain okay
Share this novel