Prolog

Horror & Thriller Series 9729

Aku anak ke sepuluh dari sebelas orang adik beradik.Dari kecil aku dikurnia dengan penglihatan yang jelas. Aku mampu melihat apa yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Cuma abah ku yang percaya dengan kelebihan ku waktu itu. Dia lah yang menjaga ku.
Emak dan adik beradik ku yang lain mengira aku seorang yg pelik dan menakutkan.Mereka tidak mempercayai aku setiap kali aku bercerita dan memberitahu apa yang aku lihat. Sewaktu aku berumur 7 tahun aku dikejutkan dengan pemergian abah ku. Emak begitu terpempan dengan pemergian abah. Abah lah selama ini tulang belakang keluarga. Dia yang berkerja. Dia yang Menyara. Kasih sayang abah tunjuk kan dari perbuatan. Abah ku seorang yang garang. Namun disebalik sikap itu dia seorang yang penyayang, amat penyayang. Semenjak pemergian abah, emak yang menyara keluarga dari hasil berniaga kuih dan nasi lemak. Abang dan kakak ku baru sahaja habis sekolah. Masa umur aku 9 tahun aku dengan rela hati untuk masuk asrama anak yatim dengan harapan aku dapat mengurangkan beban emak. Dan disitu lah segala gala bermula untuk aku berhadapan tanpa abah...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience