MASIH DIGANGGU

Horror & Thriller Series 9729

2-Masih di Rumah Kakak
. Malam2 berikutnya aku masih diganggu dengan ketukan dipintu. Waktu ketukan bermula jam 1 pagi. Akibat terbiasa aku mengendahkan dia yang sering menggangu.
. Apa gangguan hanya setakat itu? Tentunya tidak.
Disebabkan aku bersahaja dengan ketukan itu, kali ini aku diuji. Dalam keadaan lena, aku serasa badan ku sejuk, ya terlalu sejuk. Aku bangun, rupanya selimutku sudah berada dibawah.
'Aik, sejak bila aku tidur Tak berselimut, walhal aku yang tidur ganas ni pun paling tak bantal je ke bawah. Sebabnya aku ni memang tak suka sejuk. Tak pernah2 aku tidur tanpa selimut??' aku mula pelik.
. 'mungkin betul sebab aku tidur ganas kut' gumam ku lagi. Aku ambil dan selimut badan ku semula. Sedang mataku mahu terlelap, serasa perlahan selimutku dilurutkan. Aku menahan selimutku dari terlucut. Langsung selimutku disentap kasar! 'Hah sudah, dia main kasar pulak' desis hati aku. Mata ku pejam erat, aku tak mahu lihat siapa gerangan suka hati mak datuk dia main tarik2 selimut denganku. 'Agak dia ni champion tarik tali kud' usik hatiku lagi.
. Aku berlagak seperti tidak menyedari kehadiran 'dia'. Tiba2 hujung tengkuk ku meremang dek ditiup udara 'panas'.
'umakaiii main tiup2 pulak. Ingat romantik sangat ke' mata ku makin kuat terpejam. Dalam hati segala surah berterabur dek terlalu takut. Jari jemari ku genggam erat bila tiba2 betis ku disentuh sesuatu.
'aik dah macam pepatah bagi betis nak peha pulak? padahal betis pun aku tak bagi. Aloya.. Ya allah kuatkan hambamu' doa ku dalam hati.
. Agak lama aku 'mengeraskan' diri. Sehingga aku merasa seseorang baring disebelahku!
'okay ni dah lebih. Sebelum tetiba dia buat bukan2 baik aku cabut'
Disebabkan terlalu takut, aku bangun dalam keadaan mata tertutup menuju ke pintu. Nasib baik pintu dekat je dengan katil aku. Meremang satu badan bila aku nak keluar bilik sayup2 aku dengar suara "nak pergi mana tu? sinilah aku temankan.. huuuuuuuu" tak tahu aku nak gambarkan macam mana seram bila dia berhuhu mendayu2 dicorong telingaku ( ade pulak perkataan berhuhu ye^_^)
. Tombol pintu langsung ku pulas. Macam babak filem KL drift aku lari masuk ke bilik anak buah ku. Tiba2 abang iparku tegur. "Aik, dah kenapa mengelupur masuk bilik Alif dengan Aina ni?"
"Haa..saje je bang, tiba2 panas pulak malam ni, ingat nak tumpang tidur bilik diorang jap malam ni" temberang aku sambil menyengih. "Laa dari haritu abang suruh tidur je ngn diorang tak nak, bilik diorang sejuk sikit sebab ade air cond, eh tapi bukan kau tak tahan sejuk ke? kang tak pasal esok demam" telah dia lagi.
"Erm tak kud, sebab panas sangat dalam bilik tu, selalu okay je" ujarku lagi.
"Alah tidur jelah dengan diorang, bilik belakang tu buat kau salin2 baju je. Ke kena sakat? hahahahaha" usik abang iparku lagi
"perli2 nampak? takde makne nye, kang abang kene sakat padan muka!" bebel ku langsung masuk ke bilik anak buahku.
. 'Nasib badan harini tidur dalam aircond, siaplah esok demam' gumamku lantas memejamkan mata. Satu badan ku sumbat dalam comforter untuk mengurangkan rasa sejuk serta takut. Dalam masa yang sama aku tahu 'dia' masih memerhati. Kerna aku masih merasa kehadiran 'dia'. Aku terlelap juga akhirnya dalam keadaan ketakutan.
. .
p/s: dah habis ke gangguan nya??
p/s: tunggu taw untuk next sambungan Gangguan.
. p/s: ni baru warm up! ^,^
p/s: terima kasih sudi baca, komen untuk sebarang cadangan penambahbaikan okay?
. banyak nau p/s...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience