PENUNGGU ICE BLENDED

Horror & Thriller Series 9729

Kisah yang berlaku baru-baru ini (APRIL 2018) bila aku bekerja di salah satu kedai yang menjual pelbagai perisa ice blended area melaka.
. Jangan salah anggap..bukan ice blend tu berpenunggu geng ??
. Kakak aku suggest aku kerja disitu sementara tunggu konvo. Hari pertama kerja semua seperti biasa, customer yang cerewet, tersalah buat air, salah key in cashier dan macam-macam silly things happen.
. Lepas azan maghrib, aku pun ambil mop untuk mop lantai laa kan?? sementara customer tak ada laa katakan. Tengah leka mop tiba-tiba bau hancing nauzubillah. Aku pun cari laa mana punca bau tu datang. Then antara celah ice box dan sinki aku tengok ada air kencing yang banyaknya macam air kencing manusia.
Padahal aku baru kejap mop celah ice box.
. "Dah sape pulek kencing sini, otak dia banyak laktu" aku pun bising laa tapi tangan mengemop je balik dan tak fikir apa-apa pun masa tu. Serasa meremang tiba-tiba bila aku dah sudah mop air kencing tu. Tapi aku buat tak endah, biasalah mana-mana tempat bukan kita je yang duduk.
Balik dari kerja badan aku sakit sangat, bahu berat, kepala pening. Mungkin terlampau letih kerja.
. .
Tiga hari aku bekerja, hari keempat aku diamanahkan untuk buka kedai. Walaupun baru bekerja aku buat-buat pandai jelah sediakan semua yang patut. Pukul 10:30 pagi lori ais pun sampai untuk hantar stock ais. Walaupun siang, suasana dalam kedai tu cukup buat aku gentar. Walhal tempat orang lalu lalang.
. Bos aku ada dua kedai kat area tempat aku kerja, satu kedai ice blend yang aku kerja, satu lagi kedai jagung ,minuman dan waffle. Setiap pagi seorang pekerja dari kedai jagung akan ambil satu beg ais di kedai ice blend. Pagi tu giliran Husna, pekerja kedai jagung datang ambil ais satu beg. Aku ada berborak juga dengan dia, yelah baru kenal mana nak ngam sangat.
. Lepas dia settle ambil ais aku pun sambung kerja mengemas luar kedai pulak. Tengah aku sapu lantai luar aku perasan si Husna masuk semula dalam kedai. "Lah tadi dah masuk ambil ais, ni masuk untuk ambil apa lagi" gumam aku. Apa yang aku pelik sangat dengan si Husna waktu tu, dia berdiri tegak kaku depan ice box. Dalam hati aku fikir mungkin ais tak cukup tu dia datang nak ambil lagi.
. Aku pun berpaling sekejap untuk sapu sampah, bila aku toleh balik Husna dah tak ada. "Eh budak ni, tadi ada ni berdesup lesap tak dengar bunyi tapak kasut pun" padahal si Husna kalau berjalan satu stesen tu bole dengar.
. Aku pun sedap kan hati. Waktu break, Husna datang untuk buat air. Aku pun tanya dia "Una, tadi kau dah ambil ais kau datang balik ambil ais lagi ke? dah tu lesap macam tu je"
"Eh, mana ada orang datang balik kak, kenapa??"
tanya si Husna.
"Kau betul-betul dik, jangan laa main-main, akak sendiri nampak kau masuk pastu tercegat depan ice box tak gerak-gerak, lepastu lesap macam tu je. Kau bela saka ek?" gurau aku.
"Eiii akak jangan laa takutkan kitaa!" Husna yang memang penakut menjerit.
"Bukan kita laa kak.. Tapi memang ada orang cakap kat kedai ni keras sikit"
Aku "memang laa keras dah lantai konkrit bebal. Agak dia suka kau sampai bertukar jadi sebiji kau"
gurau sekadar sedap kan hati sendiri. Husna terus blah bila aku cakap macam tu.
. Malam tu aku tak boleh tidur, rasa macam ada yang memerhati. Dalam kepala aku tak habis-habis fikir pasal jelmaan 'Husna'. Aku sedapkan hati mungkin bayangan perasaan aku je masa tu.
. .
. .
p/s: siapa dia??
. p/s: pelaris ke??
. p/s: tunggu next sambungan okay... tenkiu Reader
. sorry slow update sebab macam2 nak buat. pape pun thanks dan selamat hari raya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience