'PAKCONG' SEKELUARGA

Horror & Thriller Series 9729

Kisah ini berlaku di dalam rumahku sendiri. Sejak kecil lagi aku diganggu makhluk bernama pocong. Setelah ayahku meninggal dunia, makin kerap aku melihat mereka. Mereka sekeluarga.
Setiap kali aku melihat mereka, aku akan beritahu pada ibu ku atau adik beradikku. Seperti biasa, mereka tidak percaya. Dan aku semakin takut dengan bayangan 'mereka'. Sehinggakan bantal peluk pun aku takut. Disebabkan aku pernah terpeluk(bukan nak amik kesempatan okay) salah satu dari mereka yang ku kira bantal pelukku.
Sehingga setiap kali tidur bantal peluk akan ku campak ke bawah.
. Aku pernah menangis dek disakat kakak ku dengan bantal peluk. Bagi mereka aku mengada2, namun bagi aku, selagi tidak mengalami sendiri tidak siapa yang tahu perasaanku. Ya, memang mereka juga makhluk Allah, tidak sepatut aku merasa gentar. Tapi kalau dah asik terpacul tiba2 siapa tak sakit jantung oiii... Bukan macam manusia, paling tidak ada bagi salam.. Mereka??? Pernah kau dengar pocong bagi salam??? Pernah kau dengar pocong tanya khabar??? In your dream laaa..
. Masih aku ingat, dalam umurku 7 tahun adikku 4 tahun. Sewaktu itu ayahku baru sahaja meninggal dunia. Aku dan adikku tidur bersama ibu. Kami tidur tak tutup pintu, sebab aku takut gelap. Ya kecik2 aku sangat takutkan gelap.
Aku selalu tejaga pukul 3 pagi.. sehingga sekarang pun begitu. Sedang lena tidur bersama adik dan ibu, aku dikejutkan dengan bunyi seakan beg berat dihempas.
. "dumm!! dum!! dumm!!"
aku lantas duduk, aku lihat ibu dan adik tidur pulas seperti tidak mendengar apa2..
"dumm!!!" bunyi itu kedengaran lagi..semakin lama semakin jelas..semakin kuat dan dekat.
. Seperti dipukau (bak lagu jampi si hael) mataku terpegun dipintu bilik. Disebalik langsir yang menutupi birai pintu, aku melihat samar2 susuk2 tubuh seperti bungkusan gula2 sedang tegak berdiri dihadapan pintu bilik. Dari satu susuk kepada dua hingga tiga susuk gula2 muncul dibalik langsir. Perlahan aku bangun seolah diseru. Semakin dekat semakin debar aku rasakan( dag dig dug di dalam dada~). Lantas tangan menggapai langsir, mata ku pejam erat. Langsir ku selak kasar, dan tiada bayangan disitu.
(maybe dah nyorok)^_^
. Oh ya bilik yang aku maksud kan itu adalah bilik tidur ku sekarang. Dan aku sedang menulis di dalam bilik yang penuh misteri. Bahkan mungkin mereka sedang memerhati( jadi paparazi tak berbayar). Bayangan mereka masih jelas dalam ingatan. Masih lagi aku melihat mereka. Mereka tidak mengganggu. Mereka hanya menzahirkan diri.
. Mungkin ada sesuatu yang mereka ingin sampaikan (memang ada pon, nanti aku cerita)
Sebab apa aku cakap diorang macam ada sesuatu?? Sebab aku pernah dengar rintihan mereka meminta tolong. Namun apakan daya, sewaktu itu aku masih kecil, bahkan tak faham apa yang mereka cakap (sebab bahasa mereka seakan2 jawa totok) Yang aku faham cuma perkataan 'tolong'. Susah jadi anak orang jawa tapi tak faham jawa ni ^,^ (jawa murtad) Asam jawa aku tahu lah. Kalau setakat siji roro telu papat aku tahu laa (sampai situ je aku reti kira), wes mangan tu tahu laa.
. Apa kisah mereka???
Apa yang mereka mahu??
Mengapa sekeluarga??
. Akan aku cerita akan datang... sebab sekarang dah maghrib oii... pulak meremeeennggg je aku rasa sekarang ni.. tak nak laa pandang2.. nti sangkut aku yang susah ^?^
. p/s: tido nti pastikan betul2 tu bantal peluk korang. Kalau tak, tak pasal dituduh mencabul makhluk halus.
. p/s:jangan duk igt2 pakcong tau.. sebab diorang tahu bila kita igt or ckp or bace or skodeng diorang. banyak sangat or

.
P/s: tunggu sambungan seterusnya okay....
. terima kasih membaca.. drop your comment/opinion dan jangan lupa follow. i'll follow u back!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience