BADI 2

Horror & Thriller Series 9729

Arwah Pakcik Man dijemput Allah SWT sebelum subuh jumaat.. Penghulu segala hari..
Dan selamat dikebumikan sebelum tengahari lagi..
Alhamdulillah...
. Malam, sewaktu aku sedang study di beranda rumah, aku terasa ada mata yang memerhati.
Aku buat tak endah dan menganggap cuma perasaan aku je. Sayup2 aku dengar ada suara memanggil nama aku. Aku diam tak berkutik. Aku pekak kan telinga seolah2 tidak mendengar.
Dan malah dia makin galak memanggil namaku..
. "Anom (nama kampung aku) pakcik tahu anom dengar suara pakcik... pandanglah sini anom" rayu suara itu lagi! aku sibukkan diri seolah menulis, menekan kalkulator dan apa2 sahaja untuk mengendahkan suara itu. Dan dengan tiba2 dia bertempik " ANOM!!! PANDANG AKU!!!" disebabkan terlalu terkejut beruk aku terus pengsan tak sedarkan diri.
Dia datang melalui mimpi (pengsan langsung tidur gamaknya) dia menangis... Ya.. aku dengar tangisan itu.. " anom.. tolong pakcik anom... tolong pakcik" tangis si mati... Aku menoleh melihat dia.. Allah, dia datang dalam keadaan berkafan! Mulutnya masih berdarah seperti aku lihat sewaktu dia belum diuruskan... Aku tersedar..
. Keesokannya aku demam, nasib hari sabtu memang poli cuti. Malam menjelma lagi, dan seperti kelmarinnya aku menelaah di beranda rumahku lagi. Abangku duduk dikerusi bermain gitar manakala aku sibuk dengan kerja2 yang lecturer minta.
. Angin sepoi2 tiba2 makin menderu, seolah2 hendak hujan. Kertas2 berterbangan macam dalam drama2. Satu persatu aku kutip, aku susun. Aku dengar suara itu lagi, kali ini dia hanya menangis, sambil meminta dilepaskan. Mataku yang gatal perlahan2 ku pandang diantara pohon pisang ditepi beranda rumah.
Ya ampun! dia berdiri disitu, merenungku sambil menangis. Aku buntu, apa aku perlu takut atau bersedih??? 'aku kena hentikan juga semua ni' bisik kata hati.
. Dengan bismillah "pakcik, kenapa ganggu anom, apa salah anom? anom mintak maaf kalau anom sakitkan tubuh pakcij haritu" pohon aku lagi...
Abangku tak semena2 buat muka pelik dek melihat aku yang bercakap sendiri.
"tolong pakcik anom.. tolong" diulang ayat itu entah ke berapa kali.
"tolong apa pakcik, macam mana anom nak tolong, alam kita sudah terputus pakcik, pakcik berehat ya" usul ku dengan terketar2 akibat rasa takut. Abangku semakin pelik " kau bercakap dengan siapa tu dik?"
. Dia semakin menghampiri. Dengan wujudnya seperti pocong, dia semakin mendekat, begitu dekat sehingga aku terhidu bau tanah. Mata ku pejam dengan rapat. Dalam hati, semua surah2 ku hafaz tunggang langgang. Perlahan aku buka mata dan dia terus menyerbu. Serasa badan aku dihentak ke batu, sekali lagi aku pengsan tidak sedarkan diri. Namun kali ini dia 'menghuni'
. Abang yang melihatku terbaring di lantai langsung mengusungku ke dalam rumah. Dari apa yang keluarga aku cerita. Aku terbujur kaku lagak seorang mayat. Tidak bernafas malah terpejam erat. Salah seorang penduduk kampungku yang arif perubatan islam datang membantu.
. Bang Jali ( bukan nama sebenar) berkomunikasi dengan penghuni ditubuhku
Diminta mengucap, dengan lancar dia mengucap kalimah syahadah. Disuruh baca alfatihah, tiada salah setiap bait dibaca. Maka, Bang Jali bertanya apa hendak si penghuni.
. "tolong saya Kak Mah (ibuku), saya tersadai diantara langit dan bumi. Dia tidak melepaskan saya. Tolong kak, saya sakit" rayu si mati.
Lalu ditanya dia siapa "saya Man kak.. saya Man" tangis si mati
"Allahuakhbar, siapa yang tak lepaskan kau Man?"
aju ibuku lagi.
"Dia ibuku kak, ibu yang mengandungkan ku.. Kak.. mintalah dia lepaskan saya kak, saya sakit kak.. sakit" rayunya untuk ke sekian kali.
"Inshaa Allah Man, akak cuba, pulanglah, keluar dari jasad anak akak Man"
Dengan pertolongan Bang Jali, arwah meninggalkan tubuhku. Aku.. kembali sedar..
. Keesokannya, ibu dan aku terus ke rumah nenek, memujuk agar dilepaskan arwah.
"makcik, sudah2 lah meratap, arwah tu baik makcik, jangan disebabkan kita, dia terkapai disana" pujuk ibu.
"Mah, makcik ni rindu anak makcik, salah ke Mah? Dia anak bongsu makcik Mah.. macam mana makcik tak ralat dia pergi tinggalkan makcik?" ratap si nenek.
"makcik, allah tu maha adil, dia jemput si Man tu, sebab Man terpilih makcik, makcik redhakan pemergian arwah, kasihan dia makcik.. makcik mesti nak tengok dia bahagia kan? doa kan dia makcik, sedekahlah alfatihah dan yassin, inshaa allah dia tenang dan makcik pun akan tenang"
"inshaallah Mah, aku cuba, terima kasihlah sudi jenguk2 aku kat sini"
"kami balik dulu makcik, assalamualaikum"
"walaikumussalam" sambut nenek
. Seminggu selepas kejadian aku dihuni oleh roh (qarin) arwah, aku bersyukur tidak lagi melihat dia dalam wujud pocong. Kali terakhir aku melihat dia, sewaktu kenduri arwah dirumah nenek. Dia berdiri disamping nenek, kemudian disebelah isteri dan anak2 nya. Dia tersenyum, manis sekali. Dari jauh dia melihat aku, tersenyum dan aku mendengar suaranya lagi
"terima kasih anom, sampaikan salam dan rasa terima kasih pakcik pada yang lain membantu"
samar2 dia makin menghilang dengan wujudnya berkopiah serta berjubah..
Aku bersyukur.. terima kasih allah, atas izinmu aku jua membantu..
. Dan sehingga hari ini, aku masih ingat akan senyuman itu...
. .
. P/s: terima kasih membaca ^.^
p/s: inshaa Allah akan ada sambungan yang lain!
p/s: komen jika perlu saya perbaiki apa2

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience