TERUS DIGANGGU

Horror & Thriller Series 9729

3-Masih lagi rumah kakak ^_^
. Aku salah seorang pelajar yang aktif dalam tarian di poli. Dari umurku 17 tahun aku mula menceburkan diri dalam bidang tarian. Cikgu tari aku seorang yang tegas dan suka kan kesempurnaan dalam tarian. Cikgu yang mengajar aku dari yang keras kejung sehingga 'melentik'.
Dari kematu bak 'kongkang' sehingga gemalai persis nama group tarian cikgu ku. Dari menari sekadar menghafal step ibarat poco2 sehingga menghayati seni musik dan tarian itu tersendiri.Yelah bukan senang nak lembutkan tangan serta 'posture' orang2 yang belajar seni bela diri. Ibarat merebus meggi yang kejung (ade ke pepatah tu?).
. Dijadikan cerita, pertengahan tahun 2017, aku menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh Jabatan Kesenian. Group aku terdiri dari 12 orang penari berpasangan. Tema tarian penganjur adalah klasik kontemporari. Sesi latihan diadakan setiap hari selasa dan khamis. Oleh sebab aku sedang praktikal, sesi latihan diadakan pada waktu 6 petang sehingga 11 malam.
. Semasa latihan keempat, disebabkan gerakan tarian terlalu banyak pergerakan akrobatik, aku mengalami kecederaan yang bagi aku agak serius. Otot kedua peha aku membengkak menyebabkan tisu koyak. Kedua lututku lebam, serta pergelangan kaki tu terseliuh.Seram juga tengok berbonjol2 peha aku waktu itu. Aku terpaksa menarik diri dari competition atas saranan doktor. Berjalan pun sakit, duduk baring semua sukar. Lagi2 bila aku nak terbuang hajat. Haa besar betul dugaan, 15 minit oii nak atur cara mencangkung sahaja.. belum bila dah sudah nak bangun lagi.
. Aku dicutikan dari praktikal selama seminggu,
hari pertama cuti sepanjang hari aku hanya tidur disebabkan kesan ubat yang membuatkan aku mengantuk( mana taknya, 4 jenis ubat kena telan, semua yang menyebabkan mengantuk). Hari kedua, aku datang ke klinik untuk rawatan fisio ultraviolet(tak silap aku) bagi membina sel2 tisu yang baru. Rawatan pertama menampakkan hasil, aku boleh berjalan walaupun agak terhincut2. Sesampai dirumah jam menunjukkan waktu 2 petang. Disebabkan di klinik doktor bagi injection untuk aku berehat sepanjang hari, aku terlelap di atas katil. Dalam pukul 6 petang aku terjaga sebab jam loceng yang aku kunci.
. Terasa berat sekali nak membuka mata. Samar2 didalam bilik aku ternampak sesuatu sedang terpacak atas tilam dihujung kaki aku(bilik aku paling belakang, memang gelap walaupun siang) . Dalam fikiran aku mungkin aku terlebih dos sehingga bayangan2 seperti itu terlihat dimata aku. Aku memejam mata kembali dan cuba untuk lelap.Serasa sesuatu sedang melompat dihujung kaki aku, namun aku abaikan sebab tak larat sangat.
. Tiba2 terasa kaki aku dihenyak sesuatu yang amat berat! Terlalu sakit sehingga aku menitiskan air mata.
'Aduh! apahal ni! main lompat2 pulak dia ni, dah tu yang kau lompat tu atas kaki aku laa hawau!' desis hati aku (amik kau,keluar loghat melakau aku^_^). Aku mengerang kesakitan apabila terasa beban yang amat berat dipeha tempat paling aku perit sekali. 'okay ni dah melampau, aku baru buat fisio, baru nak baik woi! kasar gurau kau eh!' gumam aku. Aku tahu dia mendengar...
. Aku mengiring ke kanan, kaki ku bengkok perlahan, bantal aku capai dan peluk.
'lantak kau, abaikan lagi baik, aku tak halau cukup baik,aku kacau kau pun tidak' bebel aku sambil mulut diketap. Baru je nak rasa lega, tiba2 dia melompat dihadapan muka aku( sebab aku mengiring ke kanan, bukan atas muka tauu).
Akibat terlalu terkejut dek si pocong yg tiba2 melompat di hadapan muka aku, aku pun ape lagi...dengan lafaz bismillah...
Mesti kau orang ingat aku baca ayat2 suci kan? ^,^
Haaa... aku pun.. pengsan
. Aku terdengar ketukan dipintu
"makdik! bangun laa makdik ummi suruh makan laa makdik, asik tidur je keje dia" bebel si Lupi anak buahku.
'makk aiii dah nak dekat pukul 11 malam! dasyat betu kesan ubat ni' gumam aku.
Dengan segera aku bangkit, namun pergerakanku terbatas.
"Ya allah apesal tak boleh bangun nii!! baru je petang tadi aku pergi fisio" bebel aku lagi.
Dengan lagak seperti suster ngesot tak bertauliah, aku merangkak, aku mengesot ke pintu bilik dan keluar.
. Aku makan seperti tiada apa yang berlaku, seperti biasa aku tidur di bilik anak buahku.
"kenapalah kaki ni tak baik2? ubat dah telan, fisio pon aku pegi, rase aku petang tadi aku bole berjalan..ke aku mimpi je??!" aku jadi pelik.
Aku melelapkan mata.
Terasa kaki ku dilanggar sesuatu.
Meremang seluruh badanku, ya..baru aku teringat akan sesuatu itu!
'ya ampun! macam mana laa aku bole lupa pocong si gula2 ni!' desis hati aku.
. Terbayang2 rupa pakcong dimata aku, berbungkus lusuh ibarat roti tampal, berbau hamis tanah, muka hitam legam bak kambing hitam, mengelupas bak hotdog bakar( yang ni sedap) bermata kemerah merahan( maybe baru lepas nangis kud ^.^) indah sungguh ciptaan mu Ya Allah!!!
Dalam ketakutan aku tertidur..mungkin juga aku pengsan untuk kesekian kalinya..
. .
p/s: kalau terasa ada yang melompat atas katil korang aku sarankan korang join sekali ^,^
mungkin dek aku xlarat nk join dia mengedik laa dia henyak kaki aku..he he
. p/s: mak aku ckp kalau jumpa pocong elok dipeluk kuat2 lepastu mintak ape kau nak, akan dia tunaikan sebab takut kau buat pape kat dia
(ceh podah! ingat ade ke orang nak amik kesempatan kat dia?)
persoalan: nak ke kau peluk natang tu
lagi satu apesal nak mintak dia sedangkan boleh je kita berdoa mintak pada allah???
. p/s: ada sesetengah ckp yang pocong tu mungkin jelmaan (qarin) orang2 yang telah meninggal, yang datangnya untuk menyatakan sesuatu. Mungkin untuk memberitahu dia sudah mati, atau dia dibunuh. Itu orang ckp laa..
tapi bagi aku tu semua makhluk yang nak menyesatkan anak adam je..
. p/s: terima kasih sudi membaca, maaf ya slow update sikit sebab bulan ni agak sibuk.. lalalalaa
love uollss yang sudi membaca..
. p/s: banyak da ps aku ni. nanti jangan lupa drop comment taw! and follow aku taw! or nanti ade yang follow korang senyap2! kidding!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience