ASRAMA 2

Horror & Thriller Series 9729

selepas kejadian pocong comel menggangu ^.^
. warden" korang nanti tolong cikya bukak stor sebelah tu ya". " kenapa nak buka? bukan ke selama ni stor tu memang bertutup" kak mas bersuara. "haah cikya, nanti mana pulak nak dicampak barang2 dalam stor tu?" sampuk aku.
"ishh korang ni.. seminggu lagi ada budak2 baru nak masuk.. bilik semua kan dah penuh. so terpaksa lah bukak stor tu. lagipun dalam stor tu semua katil dan almari je.. takde nye kes campak2 barang bagai..haishh korang ni!"bebel cikya sebelum pergi.
. petang tu aku dengan akak2 termasuk cikya sekali mulakan operasi mengemas stor yg nak dijadikan bilik.. dengan lafaz 'bismillah' cikya buka kunci mangga dan pintu yg selama ini berkunci hampir 6 tahun.. angin deras menyerbu sebaik pintu dibuka.. cikya terkejut dek disapa angin yang ntah dari mana muncul..sedangkan tingkap dalam bilik tu bertutup..lubang2 angin pun takde! masing2 meremang..di tepi sudut katil aku nampak 'dia' yg sedang...duduk.....
. "err cikya.. ape kata kita tutup balik je pintu ni" cadang aku. " kenapa pula? habis budak2 baru tu nak campak mana?!" perli cikya..
aku"........"
. maka bermula lah sesi kemas mengemas sambil aku yang masa tu asik mengelat..hehehehe.. gila tak... dah aku takut..
. selesai mengemas.. aku, kak ecah, kak mas dan kak lia duduk ditengah2 bilik yang baru dikemas untuk bacaan yasin.. yang lain2 duduk di tepi sebab masing2 bendera jepun..haihh pelik aku korang bendera jepun berjemaah ek??
. Aku ditugaskan untuk membawa bacaan yasin.
Dengan bismillah yasin dimulakan...
sepanjang bacaan yasin aku menumpukan sepenuh penglihatan aku di dada yasin. Angin bahang mula terasa... Masing2 berpeluh2 meneruskan bacaan yasin walaupun kipas di bilik berpusing bak kipas helikopter( over pulak).
. Seusai bacaan yasin Kak lia yang duduk disebelah ku tiba2 mencuit aku..aku mengangguk tanda faham... kerana pada waktu itu aku melihat dari ekor mata 'dia' yang comel sedang terpacak di sudut bilik..Kak lia seperti aku.. mampu melihat dan merasa kehadiran 'dia'... air yasin yang kami sediakan aku campur dengan garam dan lada hitam.. bermula dari sudut kanan bilik sehingga sudut kiri bilik ku tabur dengan garam dan lada hitam...sekilas aku lihat 'dia' hilang entah kemana (macam lagu jer).
. Tiba2 aku dengan yang lain dikejutkan dengan suara orang mengilai.
. "hah.sudah... sape pulak tersampuk sudah..haihh terlebih sudah betul!" bebel kak lia...
. beramai2 kami ke bilik sebelah untuk melihat siapa yang molek mengilai..
"ya allah syida! mngucap syida! mengucap" tempik kak lia.. aku pada waktu tu tergamam melihat kak syida yang badan nya terliuk2 terbengkok2 sambil mengilai..kaki nya seolah2 diawangan..
'dia' bertenggek di satu sudut sambil memerhati dengan rambut berjuntaian...
. dengan segera aku kak lia,kak ecah dan kak mas memegang kak syida.. fatiha dan ain memanggil warden dan penyelia asrama...
beberapa detik berlalu akhirnya kak syida selamat dibawa turun ke surau dengan bantuan 4 kudrat lelaki mengangkatnya.. maklumlah berat kalah tong gas...atau mungkin disebabkan 'dia' yang menumpang ^.^
. dari jauh aku hanya mendengar kak syida melolong adakala dia ketawa dan menangis apabila ustaz shafie mengalunkan bacaan surah dan rukyah...
aku dapat melihat 'dia' sedang memegang kak syida.
"kenapa kau ganggu tempat aku?!. kenapa perlu kau baca semua ayat2 itu?!..pergi kau dari tempat aku..musnahkan pagar itu!!" tempik kak syida yang kerasukan. "kami tak ganggu tempat kau. malah kau yang ganggu tempat kami. alam kau bukan disini. dengan izin allah aku minta kau lepas kan budak ini!" balas sang ustaz (eh macam cite sang kancil pulak)
"aku berjanji akan tetap mengganggu setiap anak adam dan mereka yang mengganggu tempatku!"
. aku melihat 'dia' berdiri disebelah kak syida.
rambutnya yang kusut berjuraian hingga ke tanah.. bajunya sompak disana sini dan ada kesan kotor dari tanah serta darah! angin bertiup maka ternampaklah wajah disebalik rambutnya yang tak bersyampu itu..
'allah boleh pula kau tayang muka comel kau kat aku! ya allah!' desis aku. wajah yang seperti disiat2 serta ada kesan terbakar.. taring yang sedikit terkeluar akibat mulutnya yang sompek.. allahu kalah filem2 hantu malaysia! dalam filem lagi sopan wajah mereka.. lagi2 maya karin.. aduh lawa nya hantu!
. pelbagai cara diusahakan untuk menghalau 'dia'.. akhirnya 'dia' tumpas tatkala ustaz shafie mengalunkan azan.. 'dia' sekelip mata ku lihat lenyap dari pandangan..namun aku yakin 'dia' akan kembali....
. 'dia' yang bernama ponti...comel pula nama ^.^
pontianak.
. .
p/s: nantikan sambungan asrama okay..
p/s: maaf ye kalau lambat update
.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience