BADI

Horror & Thriller Series 9729

Aku mampu melihat 'mereka'...
malah aku mampu berbicara dengan mereka...
Kisah badi yang bakal aku ceritakan berlaku dalam hidup aku setahun yang lepas...
. Walau aku sering melihat dan mendengar 'mereka'
adakala aku lemah bila di duga lagi2 bila yang gemar 'menyakat'
. Salah seorang keluarga angkatku, Pakcik Man(bukan nama sebenar) menghidap penyakit kanser lidah ( aku tak tahu nama 'omputih' dia apa).
Walhal dia seorang yang mengamalkan gaya hidup sihat. Tidak merokok malah rajin bersenam.Terkenal dengan sikap peramah dan baik hati. Semua orang menghormati Pakcik Man. Malahan ketika dia terlantar sakit ramai keluarga dan kenalan berkunjung. Beliau masih boleh berjenaka dan bercerita.
. Namun takdir Allah maha hebat. Beliau terpaksa menjalani pembedahan membuang lidah dan gigi akibat dijangkiti kuman. Sejak itu beliau tidak mampu makan melalui mulut. Tiub penyokong digunakan sebagai alternatif untuk menyalurkan susu sebagai makanan. ALLAHU, begitu azab kesakitan ditanggungnya. Badannya semakin susut sehinggakan hanya dilapisi kulit sahaja.
. Dugaan yang maha hebat buat keluarga beliau yang tak jemu2 menjaga dan memberi sokongan.
Selama lebih 5 bulan beliau bertahan akhirnya beliau menghembuskan nafas terakhir disisi keluarga dirumahnya sekitar Melaka.
. Jenazah arwah dibawa pulang ke rumah ibunya dikampung tempat aku membesar. Sebelum subuh lagi jenazah arwah selamat sampai. Ibuku membangunkan aku dan memberitahu tentang kepulangan arwah. Aku,ibu dan abangku bergegas ke rumah arwah yang hanya selang sebuah rumah dari rumahku.
. Allah...aku mengalirkan airmata tatkala melihat arwah. Sungguh aku tidak kuat untuk melihat keadaan dia. Tiub penyokong masih lagi terbenam ditubuhnya, darah merah masih mengalir dari mulutnya, tubuhnya masih lembut dan panas seolah dia masih bernyawa. Perlahan aku dan ibuku menghampiri jenazah. Salah seorang sepupu arwah membawa sebekas air dan tuala untuk mengelap darah yang mengalir. Ibu meminta aku mengeluarkan tiub dari hidungnya. Keluarga arwah sudah diselubungi kesedihan yang aku sendiri pernah merasainya ketika kepulangan arwah ayahku suatu ketika dulu. Aku memberanikan diri dan berhati2 menarik sedikit demi sedikit tiub yang bagiku terlalu panjang dan mengerikan!.
. Seperti dapat mendengar arwah menyatakan dia sakit , aku tersentak dan terus memerhati wajahnya. Disudut matanya mengalir air jernih! Allah, aku tidak sanggup menyakiti dia.
. "Mak, dia sakit mak, adik taknak buat, adik kesian" luahku sambil menangis.
"alah dia dah tak bernyawa la dik. tarik je!" tiba2 pemandu van jenazah berkata kepada aku.
' pakcik ni kalau aku sekeh mau meninggal!'
astaghfirullah... bukankah adab ketika menguruskan jenazah wajib berhati2 dan berlembut! pakcik ni sewel gamaknya!.
. Lalu aku meminta abangku menyudahkan kerjaku yang tergendala sambil aku mengambil alih tugas membersihkan darah diwajahnya. Ibu mengambil cebisan kain dan mengikat paras dagu hingga kepala untuk menampung mulutnya yang terbuka. Pasti ramai tertanya2 mengapa tidak arwah diuruskan oleh keluarga? Hanya yang pernah melalui situasi kematian ahli keluarga memahami betapa sakit dan betapa sukar untuk melakukan apa2 pekerjaan sewaktu kesedihan menyelubungi diri.
. Aku meminta diri untuk pulang mandi untuk mengerjakan solat subuh. Selesai dengan urusanku, aku kembali ke rumah arwah untuk membantu apa yang patut. Dengan izin Allah proses pengebumian arwah berlaku dengan lancar dan sempurna. Ramai kenalan yang menghadiri pengebumian arwah.
. Aku melihat ibu arwah meratapi pemergiannya. Begitu juga isteri dan anaknya...
" nenek, tak baik menangis meratap macam ni, kesian arwah nek" pujukku
ibuku memupuk2 belakang badan nenek bagi meredakan kesedihannya.
" nek tak sangka dia pergi, walhal nenek yang tua allah belum pun jemput lagi, nenek rindu, nenek terkilan sangat2"
" astaghfirullah.. makcik, ni semua dah tertulis, sudah takdir allah makcik, daripada arwah menanggung sakit, biarlah dia pergi dengan tenang" pujuk ibuku. Kami pulang setelah merasa nenek sudah redha dengan pemergian arwah.
. Jadi apa yang menyebabkan ku terkena badi??
Mengapa arwah kembali??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience