Kakak 'Cantik' Mata Liar

Thriller Series 9781

Aku sekarang bekerja di salah sebuah kilang produce printer di melaka... Sementara menunggu rezeki untuk sambung degree, aku ambil pengalaman bekerja disini.. Semua bermula bila aku diserap masuk ke kilang pada 23.7.2018. Hampir 3 bulan aku bekerja disini.. Ramai kawan2 baru yang aku jumpa dan berkenalan disini termasuklah 'kawan'2 lain.. . Awal2 bekerja disini semua bagi aku biasa.. Aku seronok bekerja diwaktu malam sebab bagi aku lebih mudah untuk fokus bekerja dimalam hari (sebab aku spesis berjaga waktu malam) Pertama kali masuk line aku jadi budak support.. Aku support line Helious selama seminggu cover bahagian packing . Sebelum masuk sini macam2 cerita aku dengar tentang kilang ni.. tapi bagi aku.. mane2 kau duduk mereka tetap ada.. nama pun makhluk ciptaan allah...even dalam masjid dalam surau pun mereka tetap ada.. Kau share dunia ni dengan mereka everyday everytime..kita berjiran dengan mereka.. kalau kau tak kacau mereka pun tak ganggu.. senang cerita behave je memane kau orang pergi . Okay back on line.. hari ke 3 aku cover helious tak silap aku..waktu tu senja... aku tengah leka duk pasang seal dekat cover oren.. tiba2 aku rasa ade mata yang memerhati.. mula2 aku buat tak endah.. biaselah bos2 jepun masuk line nak tengok anak2 buah buat kerja... tapi aku makin tak selesa.. aku pun angkat muka tengok siapa yang duk perhati aku.. dalam hati aku.. amoi rupanya...tapi kejap... apesal dia tak pakai topi?? rambut tak ikat??? apesal mata putih meliar?? paling pelik kenapa dia punya tinggi lebih dari paras tiang line..masa tu aku punya cuak sampai aku terkaku.. kerja aku buat pun tergendala..terus member sebelah aku tepuk aku. . "Miza kau dah kenapa tetiba diam ni?" tanya si Mek aku geleng kepala. "muka kau pucat beb.. kau tenung apa tadi? aku perasan kau tenung something" bebel si Mek lagi "aku okay... aku letih sikit ni" jawab aku. malam tu masa balik 8 stgah sepanjang jalan aku diamkan diri . Selepas seminggu support helious.. akhirnya aku dipindahkan ke line automachine..line paling belakang sekali dalam production.. sebelum pindah Mek pesan kat aku suruh kuat semangat sebab line auto 'keras' kate dia.. memang keras laa dah semua machine je kan >•

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience