BAB 8

Horror & Thriller Completed 9929

Setelah pengebumian neneknya selesai, Azlan dan isteri ke rumah neneknya tinggal sebelum meninggal dunia.

Pertama kali melangkah masuk ke dalam rumah peninggalan nenek, membuatkan bulu roma Azlan tegak meremang tiba-tiba.

Sekilas dia menjeling ke arah Sayidah, isterinya yang kelihatan riang memasuki rumah itu. Azlan tahu, sudah sekian lama Sayidah mengidam untuk tinggal di rumah kayu seperti itu.

Wasiat nenek yang meminta mereka tinggal di situ ibarat bulan jatuh ke riba Sayidah. Apatah lagi rumah itu mempunyai binaan unik dengan ukiran kerawang pada setiap jendela.

"Sayidah, betul ke nak duduk kat rumah ni?" Azlan bertanya ragu-ragu walau sudah tahu jawapannya. Sudah tergambar jelas pada keriangan wajah Sayidah.

"Betullah nak. Rumah ni cantik bang. Lagipun takkan kita nak biarkan kosong aje? Sayanglah.. dah wasiat arwah nenek, kita duduk ajelah..

"Bukan jauh pun dari tempat kerja kita kan?"

Panjang lebar pula jawapan Sayidah.

Sungguh dia gembira dapat menduduki rumah kayu yang cantik ini. Walau sudah berusia hampir 100 tahun, tapi binaannya masih kukuh tanpa sebarang paku.

Azlan sudah tidak mampu berkata apa lagi. Tidak sampai hati menolak keinginan isterinya itu.

Kalau Sayidah sudah terlalu gembira, ada baiknya dituruti sahaja kehendak isteri kesayangannya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience