BAB 2

Horror & Thriller Completed 9929

Perjalanan biasa menjadi sebaliknya apabila anak mereka yang tidur di tempat duduk belakang, kelihatan agak gelisah.

“Kenapa dengan Aisy ni? Selalunya tak ada masalah. Hairan juga...,” kata Sayidah dalam hati yang agak hairan dengan Aisy yang merengek.

Belum pun sempat memusing ke belakang, tiba-tiba Azlan berkata:
“Awak jangan pandang belakang. Biarkan saja Aisy,” kata Azlan.

Anehnya, semakin dia ingin menoleh ke belakang, semakin tegas Azlan melarangnya.

Lumrah manusia, lagi dilarang lagi ketara rasa ingin tahu, Sayidah lantas berpaling ke belakang kerana enggan meneruskan pertengkaran selain memujuk Aisy tanpa mempedulikan apakah sebenarnya di sebalik larangan Azlan itu.

Hakikatnya, tanpa disedari Sayidah, Azlan sebenarnya sudah ternampak kelibat makhluk lain di bonet belakang, menerusi cermin pandang belakang. Disebabkan tidak mahu Sayidah ketakutan, Azlan melarang isterinya menoleh.

Sebaik Sayidah menoleh, makhluk berkenaan hilang dan menjelma betul-betul di depan Azlan yang berusaha memandu kereta dalam keadaan terketar-ketar. Apalagi, terkumat-kamit mulut Azlan membawa ayat Kursi sambil tangannya terus mengemudi stereng dan kaki memijak pedal minyak sambil cuba bertahan sedaya mampu.

Azlan sedar, jika dia panik, ia hanya mengundang nahas buat mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience