BAB 10

Horror & Thriller Completed 9929

Tingkap panjang bertentangan dibuka, membiarkan angin malam masuk. Kemudian Azlan duduk di sofa. Aneh, sekejap saja dia berasa mengantuk, kemudian terlelap tanpa dipaksa.

Usapan lembut di pipi menyedarkan Azlan terjaga dari lena. Dia mendongak kerana menyangka Sayidah yang mengejutkannya.

Tetapi Azlan terpelangah. Bukan Sayidah yang berdiri di belakang sofa, sebaliknya seorang wanita yang tidak dapat dilihat wajahnya kerana ditutup rambut yang panjang mengurai.

"Astagfirullah!" Azlan tergolek dari sofa.

Lembaga wanita itu ghaib sekelip mata, namun Azlan tidak sedar bahawa ada bayang-bayang wanita sedang berterbangan di luar tingkap!

Berkali-kali Azlan mengusap mukanya cuba meredakan ketakutan. Bila keadaan kembali tenang, Azlan bingkas bangun lalu menutup tingkap.

Selepas itu dia segera masuk ke dalam bilik. Ternyata Sayidah masih lena di tempat tidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience