BAB 4

Horror & Thriller Completed 9929

Harapannya tersasar kerana makhluk berkenaan masih melayang-layang terbang mengekori kenderaan mereka. Sayidah yang masih tidak menyedari apa yang berlaku, mula cuak apabila merasai sesuatu seperti rambut mengenai mukanya daripada cermin tingkap yang dibuka sedikit.

Cuma dia sedikit hairan kerana tahu rambut anak lelakinya tidaklah panjang langsung tapi boleh mengenai mukanya. Hatinya mula rasa resah. Fikiranya mula melayang memikir perkara yang tak mampu dicapai mata kasar.

Dalam Sayidah melayan rasa peliknya tiba-tiba Azlan menekan brek mengejut dan jelas pada pengetahuan mereka berdua, Azlan terlanggar sesuatu. Sayidah yang panik menggesa Azlan keluar melihat apa yang dilanggarnya tetapi Azlan berkeras enggan berbuat demikian dan mengatakan dia sebenarnya tidak melanggar apa-apa.

Pertengkaran mereka terhenti sendiri apabila tiba-tiba satu lembaga mengerikan dengan rambut panjang mengerbang, muncul dari depan kereta dan terus melayang sambil mengilai.

Sayidah yang terkejut bercampur takut terus menjerit sebaik makhluk berkenaan menunjukkan dirinya yang sebenar sedangkan Azlan berusaha menenangkan diri.

Ayat-ayat suci al-Quran yang menjadi hafalan sejak kecil terus dibaca walaupun ada ketika agak lintang pukang bacaannya. Agak lama makhluk itu mengganggu mereka sebelum terbang menghilangkan diri ke dalam kebun getah di tengah kepekatan malam.

Bagi Sayidah, dia nampak makhluk itu cukup menakutkan sebaliknya Azlan pula memberitahu makhluk itu kelihatan cantik.

“Saya pun hairan sebab anehnya, saya nampak pontianak itu dengan wajah yang menakutkan, berambut panjang mengerbang. Tetapi suami sebaliknya nampak wanita cantik,” kata Sayidah.

Apa yang pasti, sejak kejadian itu, andai Azlan bekerja syif malam, mereka sekeluarga akan tidur di rumah ibunya kerana tidak berani lagi melalui kawasan sama pada waktu malam dan ‘ditemani’ makhluk halus.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience