BAB 5

Horror & Thriller Completed 9929

Setelah beberapa lama, Azlan dan Sayidah ke kebun milik ayah Azlan untuk mengutip durian. Sudah beberapa kali dia diingatkan supaya memungut dan menjualkan saja durian yang ada untuk belanja dia sekeluarga.

Demi mencari duit lebih Azlan pun bersetuju dengan cadangan ayahnya itu.

Setiba di rumah ayahnya, Azlan meninggalkan Sayidah dan Aisy supaya tinggal di rumah. Sementara dia sendiri ke kebun melihat kawasan dan hasratnya mahu kekal di situ hingga malam untuk memudahkannya memungut durian.

Sebelah malamnya, Azlan tidur di pondok duriannya, beberapa meter dari tanah perkuburan Islam kampung itu. Seperti biasa, menjelang tengah malam dia berkira-kira menyusur kebunnya memungut durian.

Malam itu, angin mendesah. Sekali sekala kilat memancar. Durian amat rahat. Di setiap penjuru dusun kedengaran bunyi durian gugur.

“Kalau tak cepat pungut, habislah pagi esok…” kata Azlan dalam hati. Sambil menggalas bakul rotan, dia menyuluh di kawasan pangkal pokok yang ada dua puluh batang itu. Kebanyakan pokok durian di kebun ayah Azlan adalah pokok tua. Dusun itu harta pusaka peninggalan datuk kepada ayahnya.

Angin malam itu terus mendesah. Kadang-kadang kuat, kadang-kadang perlahan. Ketika bertiup kencang, meliang-liuk kebanyakan dahan pokok dibuatnya.

Ketika itu juga kedengaran bunyi durian gugur bertambah banyak. Hati Azlan bukan kepalang lagi merasa gembira. Rezekinya esok hari pasti bertambah, fikirnya.

Sebiji demi sebiji durian dipungut dan dimasukkan ke dalam bakul rotan. Hati Azlan begitu lega.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience