BAB 3

Horror & Thriller Completed 9929

Anehnya, kenderaan itu semakin perlahan. Seolah-olah ingin mempermainkan mereka suami isteri, makhluk berkenaan sekali lagi menghilang dan muncul di bonet belakang sebaik Sayidah berpaling semula ke depan.

Sayidah yang tidak tahu hujung pangkal, pula merungut kerana kereta mereka seolah-olah terlalu berat untuk bergerak walaupun jelas Azlan menekan minyak. Pada masa sama, dia berasakan kelainan yang ketara pada malam itu.

Kesunyiannya berbeza daripada malam sebelumnya dan sesekali Sayidah berasa seram sejuk. Namun perasaan itu dipendamkan kerana tidak ingin mengganggu tumpuan Azlan yang sedang memandu. Walaupun menyedari tingkah laku suaminya agak berlainan pada malam itu. Sayidah hanya diam dan memerhatikan saja suaminya yang kelihatan resah semacam.

Sementara itu, bagi menghilangkan rasa takut dan memulihkan semangat, Azlan meminta Sayidah mencapai cakera padat bacaan Yaasin yang sememangnya berada di ruang simpanan barangan.

Sayidah yang semakin hairan dengan sikap Azlan cuba bertanya tetapi akhirnya kembali diam selepas dilihat Azlan langsung tidak mengendahkannya dan sebaliknya semakin kerap melihat cermin pandang belakang.

Azlan memberanikan diri membuka sedikit cermin kereta dengan tujuan alunan ayat suci itu dapat berkumandang sehingga ke luar kereta dan menghindari makhluk halus itu daripada terus mengganggu perjalanan mereka sekeluarga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience