BAB 12

Horror & Thriller Completed 9929

Dia cuba mengejutkan Sayidah tetapi isterinya itu terus berdengkur halus.

Perlahan-lahan Azlan merebahkan badan. Sebaik sahaja tubuhnya dipusingkan menelentang, nafas Azlan bagai mahu putus.

Nun di atas alang kelihatan lembaga seorang wanita sedang bertenggek memerhatikannya dengan pandangan mata yang tajam.

"Makkk!" Terlepas jeritan dari mulut Azlan. Terbangun Sayidah dari tidurnya.

"Kenapa bang!?" tanya Sayidah sambil memisat-misatkan mata.

"Err... abang mengigau tadi..." dalih Azlan tidak mahu menceritakan perkara sebenarnya.

Azlan bingung dengan kejadian yang menimpa dirinya. Terasa seperti hanya dia yang mengalami peristiwa menakutkan di rumah pusaka neneknya itu. Sayidah pula kelihatan riang sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience