BAB 11

Horror & Thriller Completed 9929

Tidak mahu memikirkan perkara yang bukan-bukan, Azlan segera memeluk isterinya.

Peristiwa pelik itu tidak diceritakan Azlan kepada Sayidah kerana bimbang nanti isterinya itu akan ketakutan.

"Muka abang pucat. Kenapa bang? Tak lena ke tidur malam tadi?" Sayidah bertanya.

"Biasalah, malam pertama tidur tempat baru. Awal-awal rasa tak selesa sikit." Azlan memberikan alasan untuk menyenangkan hati isterinya.

Malam kedua barulah Azlan dapat tidur dengan lena. Tetapi apabila jam berdetik ke angka tiga pagi, Azlan terasa tubuhnya digoncang dengan kuat.

Terpisat-pisat dia membuka mata. Kelihatan Sayidah duduk tercatuk di atas katil dengan rambut menggerbang. Terkejut besar Azlan melihatnya.

"Bangun! Kau mesti keluar dari sini! Kau tak berhak duduk di rumah ini! Pergi! Berambus!" Sayidah berkata lancang dengan mata mencerlang garang.

"Sayidah! Kenapa cakap macam tu?" soal Azlan kehairanan.

"Aku bukan Sayidah! Rumah ini milik aku! Berambus kau dari rumah aku!" Sayidah terus bersuara garang.

"Sayidah!"

Tiba-tiba saja Sayidah rebah. Sangka Azlan isterinya pengsan tetapi rupanya Sayidah tidur semula dengan lena.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience