BAB 1

Horror & Thriller Completed 9929

Sayidah dan Azlan adalah sepasang suami isteri yang mempunyai seorang anak lelaki berusia empat tahun. Mereka menetap di sebuah taman perumahan di timur tanah air.

Memandangkan suaminya bekerja mengikut syif, Sayidah dan anak lelaki mereka menumpang di rumah ibu mentuanya yang terletak agak jauh daripada kediaman mereka setiap kali Azlan terpaksa bekerja syif malam.

Untuk pulang ke rumah, mereka terpaksa menempuhi perjalanan melalui kebun getah yang agak luas. Sudah pasti, keadaan sememangnya menyeramkan terutama pada waktu malam.

Kenderaan amat kurang dan lampu jalan yang ada cuma samar-samar. Dengan pekat malam dan bayang yang terhasil dari cahaya samar itu pastinya membuat sesiapa sahaja melihat kawasan tersebut menakutkan.

Kebiasaan melalui kawasan sebegitu pada waktu malam membuatkan Sayidah dan Azlan tidak berasa takut dan belum pernah berdepan sebarang masalah, termasuk gangguan makhluk halus. Biarpun diingatkan rakan-rakan yang pernah menjadi mangsa gangguan berkenaan, mereka masih belum mengalaminya apa-apa gangguan.

Namun, kekebalan pasangan ini tercalar juga apabila pada satu malam.

Ketenangan meredah kepekatan malam itu mengundang episod mencemaskan buat mereka sehingga terpaksa mengambil cuti sakit akibat demam.

Malam itu, seperti biasa, Azlan menjemput anak dan isterinya selepas tamat syif.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience