BAB 14

Horror & Thriller Completed 9929

Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati pinggan mangkuk pecah dan berterabur di atas lantai.

Tidak semena-mena kerusi meja bergerak dengan sendiri, Sayidah menjerit ketakutan.

Tiba-tiba juga semua tingkap dan pintu terbuka dengan sendirinya, kemudian tertutup kembali.

Dari luar mereka dapat melihat satu lembaga hitam terbang masuk ke dalam rumah dan bertenggek di atas alang.

"Hantu bang! Itu hantu!!!"

Sayidah menjerit ketakutan sebelum terkulai pengsan di pangkuan Azlan.

Persitiwa menakutkan itu membawa Azlan menyiasat asal usul rumah pusaka arwah neneknya itu.

Dari seorang rakan lama arwah neneknya, barulah Azlan tahu bahawa rumah itu sudah lama berpenunggu, tetapi kerana arwah nenek ada mewarisi sedikit ilmu, penunggu itu tidak pernah mengganggu arwah nenek.

Sebaik mengetahui kisah itu, Azlan berpakat dengan Sayidah untuk berpindah keluar dari situ. Mereka tidak lagi sanggup berdepan dengan penunggu tersebut.

Hanya sesekali sahaja di hujung minggu mereka datang membersihkan rumah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience