BAB 11

Drama Completed 393

Marina melipat semula surat tersebut. Dia membetulkan duduknya di atas katil. Dikerlingnya keychain di dalam gift box tersebut. Keychain kartun Simpson. Tadi dia hanya diam kaku, tanpa menyoal Zamina dengan soalan bertubi-tubi, dia mengambil gift box di tangan Zamina dan terus berlalu tanpa mendengar apa-apa yang keluar daripada mulut temannya. Sebenarnya hati kecilnya dapat mengagak siapa yang memberinya hadiah ini dan siapa yang sebenarnya ditunggu oleh Zamina . Mungkin dia kecewa kerana orang tersebut tidak dapat datang?

Sebenarnya surat Mikail tidak begitu banyak merungkaikan kekususutan yang melanda di dalam dirinya disebabkan jejaka itu. Dia tidak menjelaskannya mengapa dia berpindah begitu sahaja tanpa memberitahu dia dan Zamina .. Dia tidak menjelaskan mengapa dia baru sahaja menghubungi mereka (Zamina sebenarnya) sebaik sahaja seminggu dia berpindah di sana? Mikail .. dia masih dengan sikapnya.

Namun, ada sesuatu yang menguntum senyumnya. Sekuntum bunga berwarna kuning disertai juga dengan kad kecil di dalam gift box tersebut.. Tertulis..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience