BAB 4

Drama Completed 393

Hari masih pagi benar. Langit masih gelap membiru sementara matahari masih cuba untuk mencuri pandang untuk menebarkan cahayanya. Angin dini hari yang dingin terasa mencucuk-cucuk. Taman mini yang menjadi mangsa lepaknya lengang; sunyi sekali. Mikail merebahkan dirinya ke atas rumput yang menghijau di tebing tasik. Dedaunan hijau masih lagi berembun. Sesekali dia melepaskan keluhan, mengimbau kembali peristiwa semalam yang menyebabkan dia merasakan dia disihir ketika itu. Entah mengapa dia berubah menjadi Mikail yang peramah- sifat yang terakhir sekali untuk dia pilih apabila berkomunikasi dengan sesiapa saja sejak… Ah, lupakan!

Jampi sihir apakah yang ada pada gadis itu yang menyebabkan dia begitu mudahnya menghulur salam perkenalan? Adakah kerana lukisan-lukisan gadis itu di dalam buku lukisannya yang membuat hatiku tertarik atau disebabkan kenangan bunga itu sendiri? Ah, sukar sungguh untuk meneka-neka hati ini yang sudah tidak mendengar arahan tuannya! Mikail mengeluh lagi lalu bangun berdiri, ingin berjoging seperti kebiasaan hariannya pada hari minggu sebegini.

Sejak dari peristiwa ‘perkenalan’ di taman mini tersebut, mereka sering sahaja terserempak di kawasan sekolah dan juga di sekitar kawasan perumahan Taman Merwing ini. Di mana ada Marina , di situlah adanya Zamina menemani sisinya. Dua bulan selepasnya mereka bertiga menjadi kawan, kawan biasa kata Marina . Marina pernah terfikir dan bagaikan tidak percaya boleh berkawan dan bercakap dengan kaki ponteng, kaki gaduh dan perengus di sekolah mereka. Apabila berbual dengan Mikail , dirasakannya Mikail bukanlah seperti khabar-khabar angin yang pelajar-pelajar lain sering sebutkan.

"Mikail , betul ke kau ni suka ponteng kelas dan suka cari pasal dengan orang? Aku rasa macam mustahil je bila kitorang berkawan dengan kau," Zamina memberikan pendapat ‘berani’nya pada suatu petang sewaktu mereka berada di taman mini di kawasan perumahan mereka, Taman Merwing. Marina dan Zamina berteduh di bawah pohon rendang yang menjadi saksi perkenalan mereka dua bulan yang lalu. Mikail pula berada di dalam jarak lebih kurang lima tapak kaki daripada mereka iaitu di tepi tebing tasik kecil itu. Mereka sedang mengulangkaji pelajaran di taman mini tersebut. Mata pelajaran add maths.

"Dulu..mungkin.. Tak, bukan ‘mungkin’ tapi memang ‘iya’. Dulu aku bagaikan dah hilang arah untuk hidup. Sekarang, mungkin pengalaman yang menyebabkan aku berubah dan menerima hakikat," jawab Mikail sambil mengeluh, melemparkan pandangan kepada kanak-kanak yang sedang bermain di taman permainan. Marina menjeling menegur ke arah Zamina . Mereka berdua sebenarnya sedikit kabur dengan jawapan jejaka itu tetapi tidak berani menyoal dengan lebih lanjut.

"Marina , awak pandai melukis kan? Boleh tak saya minta tolong awak lukiskan sesuatu untuk saya?"

Marina yang ketika itu sedang leka bermain dengan pensil dan buku lukisannya yang bernama Alamanda mendongak terkejut memandang Mikail . Jejaka itu masih lagi memandang ke tempat permainan kanak-kanak tadi. Zamina memandangnya sambil tersengih sambil menaikkan ibu jari.

"Saya bukannya pandai sangat melukis. Conteng-conteng macam tu je bolehlah." Kata Marina merendah diri sambil matanya menikam helaian buku lukisan kesayangannya. Buku latihan add maths miliknya ditindih dengan buku Alamanda itu.

"Please… Saya berharap sangat.." Mikail terus mendesak dengan suara mendayu gemersiknya itu. Sekilas Mikail memandang wajah Marina dan sekilas itu juga dia berpaling, mengarah matanya menjamah telatah kanak-kanak sebentar tadi. Marina serba-salah.

"Diam tandanya setujulah tu. Malu-malu pulak kau ni, Mar.. Biasalah tu, dia ni tak boleh orang puji sikit. Tengok, muka dia dah merah.." usik Zamina sambil ketawa kecil.

"Ami!!"

Zamina dan Mikail serentak tergelak, membuatkan Marina malu sendiri. Zamina mengerling jam tangan berwarna hitam di pergelangan tangannya. Hampir menunjukkan pukul lima petang.

"Dah nak pukul lima ni. Marilah balik, tak baik berlama-lama sangat kat sini. Jom balik sama-sama," ajak Zamina sambil membetulkan kaca mata berpetaknya.

"Marina …boleh kan tolong lukis..?" Mikail rupanya masih menanti jawapan Marina sedari tadi yang masih membisu. Sedetik…dua detik.. Marina kemudiannya mengangguk dengan mata masih menikam helaian buku lukisan Alamandanya. Terpancar sinar kegembiraan di wajah Mikail ketika itu.

"Jom gerak! Aku dah bosan tengok drama korang ni..aishh.." usik Zamina sambil berpura-pura mempamerkan wajah bosannya lalu bingkas berdiri. Nota add maths di tangannya yang terkuak sedari tadi dicantumkan kembali yang juga terselit pensil 2B di tempat yang baru dibacanya.

"Ami!!" kali ini jeritan kecil itu serentak keluar daripada mulut Marina dan Mikail . Zamina tergelak. Wajah keduanya telah berubah riak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience