BAB 10

Drama Completed 393

Assalamualaikum…

Mar tahu kan, yang saya ada seorang adik perempuan. Namanya Mastura , atau kami biasanya panggil dia Ida. Kami dua beradik saja, sebab itulah yang membuatkan kami ini rapat. Dia lebih kurang baya Mar dan Ami. Dia sangat pandai melukis, selalunya saya yang akan jadi ‘model’ untuk lakarannya. Dia juga sangat suka berceloteh dan ceria macam Ami. Satu lagi, dia sangat sukakan bunga Alamanda kuning, seperti Mar. Entah kenapa.. Dia suka sangat melukis berpuluh-puluh lukisan bunga itu.

Apabila saya bertemu dengan Mar dan Ami, saya ternampak bayangan Mastura di dalam diri kamu berdua. Ami seorang yang sentiasa ceria dan suka buat lawak. Mar pula pandai melukis dan sukakan bunga Alamanda. Semuanya mengingatkan saya kembali pada dia.

Sebenarnya, Mastura sudah tiada lagi di sini. Dia sudah sampai ke ‘alam sana’ bersama dengan ibu saya.. Saya sangat rindukan mereka.. Mereka meninggal apabila kami menghadapi satu kemalangan jalan raya. Saya dan ayah saya selamat, tetapi mereka berdua yang pergi meninggalkan kami. Saya masih lagi trauma dengan kejadian tersebut. Ketika itu saya berada dalam tingkatan 3, percutian akhir tahun. Kalaulah saya yang boleh ganti kematian mereka.. Astaghfirullah.. Memang saya rasa hidup saya kosong sangat tanpa mereka.

Hubungan saya dan ayah tidak begitu baik. Masuk tingkatan empat, jiwa saya memberontak. Saya masih tidak dapat terima apa yang berlaku. Pelbagai kesalahan disiplin yang saya lakukan, semata-mata kerana saya benci dengan diri saya sendiri. Saya rasa saya memang dilahirkan sebagai insan yang tidak berguna. Itulah pemikiran saya pada waktu itu.

Apabila saya berkawan dengan kalian, persepsi saya sedikit berubah terhadap diri sendiri. Saya masih ingat lagi apabila kita berdebat tentang ucapan awak secara spontan ketika itu, "Kita hidup untuk mati dan kita mati untuk hidup". Secara tak langsung sebenarnya perdebatan kita pada hari tersebut amat berbekas dalam jiwa saya.

Perpindahan saya sebenarnya bukan atas kehendak saya. Ayah saya ingin kami memulakan hidup yang baru kerana kami mempunyai ramai saudara-mara di sini. Hubungan saya dan ayah sedikit pulih.

Oh ya, semoga mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan! Doakan saya untuk menghadapi ujian SPM beberapa hari lagi.

p/s; Maaf, tulisan saya tak cantik!

Salam,

Ahmad Mikail bin Mahfuz

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience