BAB 5

Drama Completed 393

"Berkawan dengan si Mikail yang perangai ‘bagus’ tahap gaban tu? Korang tak fikir ke pasal keselamatan korang? Budak macam dia tu mesti ada muslihat apa-apa untuk dekati kamu berdua ni!" bentak Abang Mus marah ketika berada di belakang halaman rumah Marina . Marina dan Zamina terkulat-kulat mendengar ‘syarahan’ Abang Mus. Abang Mus ternampak mereka bertiga berjalan beriringan bersama jalan-jalan di Taman Merwing sementara haluan pulang rumah mereka masih lagi sama. Abang Mus merupakan bekas pelajar SMK Merantau dan tahun ini sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM. Semasa tahunnya, nama Mikail telah cukup popular.

"Mikail tu baik aje, dia tak pernah ambil kesempatan pun dekat kitorang. Cubalah Abang Mus sendiri berkawan dengan dia.." Zamina menjawab dengan wajah yang tegang.

"Oh, ‘baik’ la kononnya? Mula-mula memang la baik sebab nak raih percaya korang, lepas dapat yang tu, barulah dia pedajal! Dia kasi korang merokok ke...apa entah nanti.."

"Abang Mus jangan nak main cakap sedap mulut aje!! Dia dah berubah. Sekarang dia selalu hadir ke kelas, datang awal ke sekolah, penampilan pun semakin kemas...dan juga.." ayat Zamina pantas dipintas oleh Abang Mus yang semakin berang.

"Apa-apa pun aku tak suka korang berkawan dengan orang yang ada masalah macam dia tu! Hati orang ni kita tak boleh jangka baik buruknya!"

"Abang Mus mungkin ada hak untuk halang Marina daripada berkawan dengan Mikail , tapi bukan dengan saya!! Abang Mus bukannya sesiapa dan langsung tiada hak untuk halang saya berkawan dengan Mikail . Macam yang Abang Mus cakap tadi, hati orang lain kita tak dapat jangka baik buruknya. Jadi, Abang Mus ni ada kuasa psikik dapat tahu yang Mikail tu memang jenis pedajal orang?" hambur Zamina tanpa berlapik.

Abang Mus hanyalah abang kepada Marina , rakan karibnya dan bukannya keluarganya yang hendak melarang itu ini. Pantas dengan itu, Zamina lantas keluar dari halaman rumah Marina , menuju pulang ke rumahnya yang hanya selang beberapa buah rumah dari rumah Marina . Abang Mus mendengus menjeling kelibat Zamina yang berlalu pergi. Marina pula yang diam tidak menjawab sedari tadi, masuk ke dalam rumah tanpa memandang wajah abangnya yang sedang dilanda nafsu amarah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience