BAB 7

Drama Completed 393

Marina menengadah siling. Memandang kosong kipas yang sedang berputar ligat, bagai sedang berusaha memusingkan kepalanya bersama. Terasa sesuatu yang mencucuk-cucuk di hatinya. Perasaan apakah ini? Hampir seminggu dia seperti ibu mati anak. Buat sesuatu serba tak kena. Astaghfirullah, laghakah dia?

"Apabila kita berasa resah, kembalilah pada ALLAH. Hanya DIA yang memahami apa yang ada di dalam hati hamba-Nya." Kata-kata abi semalam tiba-tiba sahaja mencucuk dalam benaknya. Nampaknya abi tahu bahawa anaknya ini sedang dalam keresahan, kebuntuan. Marina segera bangun daripada perbaringan, menuju ke bilik air. Rambut separas siku ditocang kuda. Dia mengambil wuduk.

Keluar dari kamar mandi, Marina mencapai jam tangannya di tepi katil. Lagi dua minit sebelum mencecah pukul 10 malam. Tadi dia sudah solat isyak. Baiklah Mar, kali ini tunaikan solat sunat hajat! Marina tersenyum sendiri.

Sesungguhnya ALLAH ialah sebaik-baik tempat untuk mengadu. Kadang-kadang kita alpa, kita lupa pada-Nya. Namun pintu taubat-Nya terbuka luas untuk hamba-Nya. ALLAH AL-GHAFUR, Maha Pemberi Ampun. Okey, Mar.. Lepas ni solat sunat taubat pula!

Marina bermonolog dengan hatinya. Kain sembahyang telah disarung. Tarik nafas. Niat. Takbir. Marina mulai bertemu dengan Rabbnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience