BAB 6

Drama Completed 393

Alamanda. Pokok ini jenis renek. Bunganya berwarna kuning. Berasal dari Brazil. Bunganya di hujung tangkai dan berbentuk corong seperti cawan.

Mikail tersenyum apabila membaca info yang diperoleh oleh internet yang dicarinya. Entah mengapa di dalam kesibukannya membuat kerja kursus untuk SPM di cyber cafe, dia tiba-tiba sahaja tergerak hati untuk mencari maklumat tentang bunga Alamanda.

Nama Melayu: Bunga Alamanda Kuning

Keluarga: APOCYNACEAE

Nama Saintifik: Allamanda cathartica L.

Saiz Biasa: 8 cm

Nama Lain: Small Leaved Butter Cup

Tanpa disedari, bibirnya mengukir senyum di depan komputer di dalam kesesakan remaja di cyber cafe Taman Merwing tersebut. Alamanda... ibu.. Ida.. dan.. Marina …? Mengenali Marina menyebabkannya kembali mengingati dua orang perempuan yang amat dikasihinya, seakan-akan mereka telah hidup kembali mengisi ruang hatinya. Atau mungkinkah tempat itu telah diisi oleh gadis pemalu itu? Mikail menggeleng kepalanya.

Tidak mungkin! Tiada siapa dapat mengisi ruang hati ini selain mereka! Begitu juga dengan abah.. Tiada sesiapa..

Zamina pula gadis yang peramah dan kuat menyakat. Mikail juga amat menyenangi Zamina yang sentiasa punya topik untuk dibualkan berbanding dengan Marina , yang lebih banyak mendiamkan diri. Marina lebih banyak mendengar dan juga mempunyai bakat melukis. Sama seperti Ida.. Mikail menarik nafas panjang, langsung tersenyum sendiri lagi. Yang pastinya dia kini tidak lagi seperti orang yang meraba dalam keadaan antara gelap dan terang.. Mahupun malap.. Tiba-tiba sahaja di dalam benaknya menerjah tafsir ayat al-Quran yang dibacanya semalam.

"Barangsiapa yang disesatkan ALLAH maka adalah petunjuk baginya dan dibiarkan-Nya mereka dalam kedurhakaan serta dalam keraguan." [Al-A’raf: 186]

Dan aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk memperbaiki masa lalu.. Terima kasih Ya Rabb..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience