"Aduh.." Rian mengeliat, terasa sengal seluruh badan. Manakan tidak sejak dari pagi dia hanya duduk mengait. Jam menunjukkan jam 12 tengahari. Perut pun mula berkeroncong. "Laparnya" kata Rian sambil mengusap perutnya.
Lalu Rian bingkas bangun dari tempat duduknya sambil membuat streching. Barang-barang kait Rian disimpan didalam laci. Rian keluar dari kamarnya menuju ke dapur.
"Amboi sedapnya bau.." kata Rian saat kakinya menjengah ke dapur. Ibunya sedang menyiapkan hidangan makanan tengahari. Lauk udang masak tempoyak sememangnya menjadi favourite Rian sedang dimasak. Sayur campur serta telur dadar bersama sedikit ulam-ulaman telah disiapkan ibunya. Lalu diberikan kepada Rian, "Nah, letak lauk-lauk ni kat meja makan" kata mama Rian.
"Okay mama" lauk-pauk tadi disusun atas meja. "Rian, tolong panggil papa & Ayu nak" perintah mama Rian. "Baik". Rian berlalu keluar dari dapur menuju keluar rumah. Rian yakin tentunya papa berada ditepi kolam ikan kerana kebiasaannya pada hujung minggu sebegini papa akan berehat disitu. Sangkaan Rian tepat sekali apabila melihat papa sedang membaca surat khabar.
"Pa.." papa memandang ke arah Rian. "Papa.. makanan tengahari dah siap, mama ajak makan". "Oh" balas papa pendek lalu bangun menuju terus ke dapur. Rian pula terus mencari adiknya. "Ayu..Ayu.. jom makan!" pekik Rian. "Ye.." pekikannya disapa. "Jom makan" balas Rian.
Rian bergerak ke dapur terlihat Ayu telah tersengih duduk dimeja makan. "Eh? Cepatnya?" soal Rian. Pelik apabila Ayu sudahpun berada disitu. "Hehehe" Ayu hanya ketawa hambar. "Dah-dah cepat pergi basuh tangan kita makan sama-sama." kata mama. Lalu mereka pun menikmati hidangan yang sudah tersedia dengan begitu selera sekali.
.....
"Burp.." Ayu sendawa kecil. "Amboi.." tegur Rian sambil tersenyum. "Hehe, sorry" Ayu tersipu malu. "Ayu, Rian petang ni teman mama ye?" mama menghampiri mereka berdua yang duduk disofa. "Teman pergi mana mama?" kata Ayu menunjukkan rasa sedikit ingin tahu. "Hospital.." balas mama. "Hospital?" Ayu mengangkat keningnya. "Kawan mama tak sihat, mama nak melawat dia." jelas mama "Oh.." Rian bersuara.
"Nak pergi dengan siapa ma?" soal Ayu. Dia tahu antara mereka tiada seorang pun yang mempunyai lesen kereta. Bagaimana hendak kesana? Naik kenderaan awamkah? "Dengan papa" balas mama. "Okay" kata Ayu pula.
Share this novel