Setibanya di rumah, Rian terus masuk ke biliknya. Papa, mama dan Ayu pula berehat diruang tamu sambil menonton televisyen.
"Ayu, tolong buatkan air untuk papa dan mama. Dahaga pulak tekak." pinta mama. "Ala, mama.. Ayu baru nak rehat jap." balas Ayu. "Ayu." ujar papa. "Okay, okay Ayu pergi ambil. Papa, mama nak air apa?" balas Ayu. Takut juga apabila papa bersuara. "Apa-apa saje sayang." kata mama sambil mencubit pipi Ayu. "Aww.. mama." pipi Ayu digosok-gosok.
Ayu bergerak ke dapur dan membancuh air teh. Biskut lemak pula diambil dan diletakkan atas pinggan. Entah mengapa tiba-tiba sahaja perutnya terasa lapar. "Hmm. Petang-petang macam sedap kalau makan biskut cicah teh." kata Ayu.
Sementara itu, papa dan mama berbual-bual di ruang tamu.
"Abang, macam mana dengan apa yang dikatakan Yah tu? Abang setuju ke?" tanya mama kepada papa. "Soal ni abang pun tak boleh berkata apa. Takut nanti lain yang jadi." balas papa. "Jadi abang nak fikir dulu? Kalau saya lah bang mungkin kurang bersetuju. Bukannya apa belum masa yang sesuai lagi." kata mama. "Nanti kita bincanglah apa yang patut. Buat sementara ni kita simpan je dulu." kata mama. "Kalau dah macam tu kata abang. Saya ikutkan je. Apa terbaik untuk kita mungkin terbaik untuk mereka juga." balas mama. "Yelah." kata papa.
"Papa, mama air siap. Teh dengan biskut lemak." bicara Ayu sambil membawa dulang air lalu diletakkan di atas meja kopi. Ayu menuang air teh suam itu ke dalam cawan lalu diberikan kepada papa dan mama. Mama dan papa mencicip air tersebut perlahan-lahan.
"Err.. macam mana pa, ma sedap tak air yang Ayu buat?" ujar Ayu. "Boleh tahan. Cuma terlebih manis." kata papa. "Ye ke ma?" Ayu meminta kepastian daripada mama. Mama pun mengangguk.
"Lah, ingatkan dah okay. Hmm tak lepas lagi la ni." kata Ayu. Katanya itu disambut dengan ketawa papa dan mama.
"Ayu tak ajak kak Rian minum sekali?" soal mama. "Ala mama, kak Rian busy tu nanti pandai-pandai lah dia buat sendiri." balas Ayu. "Tak baik cakap macam tu." ujar mama. "Yelah mama nanti Ayu pelawa kak Rian." kata Ayu.
Loceng rumah mereka kemudiannya ditekan beberapa kali. Nampaknya ada orang datang.
"Ayu pergi buka pintu tu. Abang Am dah balik kot." perintah mama. Ayu pun berlalu membuka pintu rumahnya.
"Assalamualaikum." kata abang Am. "Waalaikumsalam. Abang Am." kata Ayu sebaik pintu dibuka. "Awal kamu balik hari Am." kata papa. "Selalu malam baru balik. Awal pulak hari ni." kata mama pula. "Kerja hari ni tak banyak pa, ma. Tu yang Am balik awal." balas abang Am.
"Hmm, takpe lah Am. Mari sini minum teh. Ayu yang buat ni." ajak mama. "Hah? Ayu buat? Reti ke?" soal abang Am. "Mestilah." balas Ayu dengan bangga.
Mama, papa, abang Am dan Ayu pun bersama-sama menonton televisyen sambil minum teh pada petang itu.
Share this novel