"Kak Rian dah siap belum?" Ayu mengetuk pintu bilik Rian beberapa kali. "Jap, tengah siap." jawab Rian. "Okay, Ayu tunggu kat bawah." kata Ayu. "Okay-okay." balas Rian.
Ayu turun tangga dan duduk diruang tamu.
"Ayu, Kak Rian tak siap lagi?" soal mama. "Belum ma." jawab Ayu. "Ayu dengan Kak Rian nak pergi macam mana? Berdua je?" soal mama. "Emm. Yup. Naik bas lepastu guna mrt." balas Ayu. "Oh." balas mama.
"Dah siap!" kata Rian sambil menuruni anak tangga rumahnya. "Lambat." balas Ayu. "Rian, Ayu pergi sana hati-hati. Jangan balik lambat." pesan mama. "Baik mama." kata Ayu dan Rian.
"Payung bawa tak?" soal mama. "Dah ma." Ayu menujukkan payung yang berada di dalam bagnya. "Duit?" soal mama lagi. "Erm.. hehe." balas Ayu. "Duit Rian ada lagi." kata Rian.
Mama keluarkan not RM 50 dan diberikan kepada Rian. "Duit belanja. Cukup tak?" kata Mama. "Cukup ma." balas Rian. "Kak Rian je? Ayu?" soal Ayu. "Kongsi." balas Rian. Mama mengangguk. Rian dan Ayu sudah pun makan di rumah. Jadi duit tersebut adalah duit jajan.
"Korang nak pergi bila ni?" tanya. "Emm. Nak pergi sekarang." balas Ayu. "Dah, pergi cepat." kata mama. "Okay ma." Ayu dan Rian bersalaman dengan mama dan keluar dari rumah.
Mereka menunggu bas mrt di perhentian bas yang berdekatan.
"Yu, kad touch and go bawa tak?" soal Rian. "Eh?" Cepat-cepat Ayu memeriksa dompetnya. "Ala.. Kak Rian tertinggal." kata Ayu. "Ish-ish, akak tinggal baru tahu." usik Rian. "Ala, macam mana ni? Jom ambil kat rumah." kata Ayu. "Ha? Tak payahlah." kata Rian. "Habistu macam mana naik bas mrt?" soal Ayu. "Guna kad akak jelah." kata Rian.
"Ha? Kak Rian nak guna apa?" soal Ayu. "Touch guna tangan je." kata Rian selamba. "Serious lah. Betul-betul lah Kak Rian." kata Ayu. "Guna ic." balas Rian. "Eh? Boleh guna ic?" tanya Ayu.
"Boleh." jawab Rian. "Macam mana?" soal Ayu. "Sama je macam kad touch and go. Kena top up semua tu." balas Rian. "Oh, so ic Ayu pun boleh lah?" soal Ayu. "Of course." kata Rian.
"Kalau macam tu kat stesen nanti nak top up lah. Buat macam biasa je kan?" kata Ayu. "Ha'ah. Nasib baik akak ada kad tau. Tinggal baru tahu." kata Rian. "Mana boleh. Lagipun akak tak boleh tinggalkan Ayu sebab tiket kat Ayu." kata Ayu.
"Cakap pasal tiket Ayu nak ambil tiket tu macam mana? Bila kawan Ayu nak bagi?" soal Rian. "Kat Curve. Dia part time kat sana." kata Ayu. "Oh." balas Rian.
"Ha, tu pun bas." kata Ayu. "Jom." kata Rian. Ayu dan Rian pun menaiki bas tersebut.
Setelah beberapa minit, bas pun berhenti di Stesen Sungai Buloh.
Mereka bergerak naik ke stesen. "Kak Rian, jap. Nak top up kad jap." kata Ayu. "Okay." balas Rian. "Ramai pulak orang beratur kat sini." omel Ayu sendirian. Rian sedang membeli coklat di kedai serbaneka yang terdapat di stesen tersebut. Memang kebiasaan bagi Rian untuk mengunyah sesuatu apabila naik kenderaan awam. Kalau tidak dia akan rasa pening. Air mineral sudah pun dibawa dari rumah.
Rian tunggu ditepi sementara Ayu menambah nilai kadnya.
Melihat plastik yang dipegang Rian, Ayu pun bertanya, "Untuk Ayu?" "Nah." Rian memberi coklat kit kat kepada Ayu. "Thanks." balas Ayu. "Dah kan? Jomlah." ajak Rian.
Mereka pun menunggu tren sampai bersama-sama.
"Kak Rian." panggil Ayu. "Hmm?" balas Rian. "Tu anak kawan mama kan?" soal Ayu. "Mana?" kata Rian. "Tu sana tu. Kawan sekolah Kak Rian yang jumpa kat hospital." kata Ayu. "Oh." balas Rian. "Tak nak tegur ke?" soal Ayu. "Buat apa? Tak payah lah." balas Rian. "Okay." balas Ayu.
Tren tiba dan mereka pun masuk lalu menuju ke destinasi yang diingini.
"Dah sampai." kata Ayu sebaik sahaja kaki melangkah ke mall tersebut. "Mana kawan Ayu?" soal Rian. "Hmm dia kata dia kerja kat kedai baju tingkat 1." ujar Ayu. "Oh, jomlah." ajak Rian.
Mereka naik ke escalator menuju ke kedai baju tempat kawan Ayu bekerja. "Tu dia." kata Ayu. "Aida." Ayu melambai ke arah kawannya. "Ayu." kawannya membalas lambaian Ayu.
"Ingat tak datang." kata Aida. "Mestilah datang. Dah janji." balas Ayu. "Jap eh." Aida masuk ke dalam kedai untuk mengambil tiket tersebut.
"Nah." kata Aida. Dia memberi tiket kepada Ayu. "Terima kasih." kata Ayu. "Sama-sama." balas Aida. "Eh, lupa pula. Ni kakak aku, Kak Rian." kata Ayu. "Hi." kata Rian. Rian bersalaman dengan Aida. "Hmm. Aku nak pergi dulu lah Ayu. Nak kerja." pinta Aida. "Kak Rian, Aida pergi dulu." kata Aida. "Okay Aida. Bye." balas Rian. "Kerja elok-elok. Thanks tau." kata Ayu. Aida mengangguk dan berlalu pergi.
"Movie start pukul berapa?" soal Rian. "Mmm. Pukul 11.30." kata Ayu sambil membelek tiket wayang tersebut. "Sekarang pukul berapa?" soal Rian. "Pukul 10.45." balas Ayu. "So, sekarang kita nak buat apa? Awal lagi." tanya Rian. "Buang masa?" balas Ayu.
"Kak Rian kita pergi Guardian nak?" soal Ayu. "Tak boleh." kata Rian. "Kenapa pula?" tanya Ayu. "Ayu kalau masuk Guardian, akak takut kita tak sempat tengok movie." kata Rian. "Hehehe." Ayu ketawa.
"Jom makan donut." ajak Ayu. "Donut? Jom." Rian ikut dengan permintaan Ayu. Mereka pun membeli donut dan tak lama kemudian mereka pun pergi menonton wayang.
"Boleh tahan cerita tadi." kata Ayu. Rian mengangguk. "So sekarang kak Rian nak pergi mana?" soal Ayu. "Kita pergi Guardian. Akak nak beli pencuci muka." kata Rian. "Okay bos." balas Ayu. Dia ketawa.
Mereka pun pergi ke Guardian. Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam kedai tersebut. Mereka bergerak ke tempat kegemaran masing-masing. Ayu ditempat alat solek manakala Rian dibahagian kebersihan diri.
Setelah beberapa minit membeli mereka pun keluar. "So nak buat apa pula sekarang?" tanya Ayu. "Balik. Tapi singgah kedai kek dulu. Nak beli something untuk mama papa." kata Rian. "Abang Am?" soal Ayu. "Ye, abang Am sekali." balas Rian.
Ayu dan Rian membeli kek buah untuk keluarga mereka.
"Jom balik." kata kak Rian. "Jap kak Rian." Ayu menahan Rian daripada bergerak. "Apa kata kita suruh abang Am ambil. Dia kerja dekat-dekat sini je kan? Tak payahlah naik mrt." Ayu memberi idea kepada Rian.
"Betul juga. Cuba Ayu call abang. Tanya dia." Rian bersetuju dengan cadangan Ayu. Waktu begini biasanya orang ramai. Mungkin nanti mereka terpaksa berdiri hingga ke stesen Sungai Buloh.
Ayu mengeluarkan telefon pintarnya dan terus menghubungi abang Am. "Hello, abang Am. Ayu ni. Abang Am kat mana?" soal Ayu. Ayu mengangguk. "Abang Am boleh tak ambil Ayu dan kak Rian kat sini? Ayu kat Curve." kata Ayu lagi. "Ha.. okay-okay. Tunggu sini." balas Ayu lagi. Talian dimatikan dan telefon disimpan didalam beg.
"Macam mana? Abang Am ambil?" soal Rian. "Abang ambil tapi kena tunggu kejap. Abang ada hal apa tah." balas Ayu. "Baguslah kalau macam tu." kata Rian.
Mereka sempat lagi ke kedai cenderahati untuk mencuci mata. "Kak Rian tengok ni, comelnya." Ayu menunjukkan rantai tangan yang mempunyai bunga. "Cantik." balas Rian, pendek sahaja. "Nak." balas Ayu. Rian mengangkat kening. "Belilah sendiri." kata Rian. "Belanja lah. Please." pujuk Ayu.
Rian membuat muka. "Please.." kata Ayu lagi. "Okaylah." Rian mengambil rantai tangan tersebut dan terus membuat pembayaran. "Nah." Rian memberi rantai tangan itu kepada Ayu. "Terima kasih kak Rian." Ayu gembira bila permintaannya dituruti kak Rian. Dia terus memakai rantai tangan tersebut.
Telefon Ayu berdering. "Alamak!" Cepat-cepat Ayu membuka begnya. "Hello?" ujar Ayu. "Ha, okay-okay." jawab Ayu. "Jom kak Rian, abang Am dah sampai." ajak Ayu. "Okay." balas Rian.
Mereka keluar dan terus bergerak ke kereta abang Am. "Tu kereta abang." Ayu menunjukkan ke arah kereta Proton Prevé abang Am yang berwarna silver. Mereka bergerak ke kereta tersebut.
"Hi abang." kata Ayu sebaik sahaja masuk ke dalam kereta tersebut. Ayu duduk bersebelahan dengan tempat pemandu manakala Rian duduk dibelakang. "Korang buat apa kat sini?" soal abang Am. Ketika itu kenderaan sudah pun bergerak.
"Tengok wayang." balas Rian. "Wah masyuk." kata abang Am. Dia yang bekerja ni pun jarang sekali menonton wayang. "Mana ada kawan Ayu yang bagi tiket." kata Ayu. "Oh." kata abang Am.
Mereka bertiga pun pulang ke rumah. Tetapi sedikit lambat kerana jalan sudah pun jammed. Kenderaan berpusu untuk pulang ke destinasi masing-masing. Seperti abang Am, mereka juga baru pulang dari kerja.
Share this novel