*Beberapa bulan kemudian.
"Abang, saya rasa bersalah lah dengan arwah." kata mama. "Kenapa pula?" soal papa. "Tak tunaikan permintaan arwah." balas mama. Pilu sahaja rasa didalam hatinya. Perasaan sedih menghuni hati. "Sudah lah jangan fikir yang bukan-bukan. Arwah baru sahaja meninggal." pujuk papa.
"Tapi bang.." kata mama."Tak usahlah awak fikirkan sangat. Lagipun kita tak berjanji. Arwah tentu faham. Lebih baik awak doa untuk arwah." kata papa.
Rian sekeluarga baru sahaja balik dari rumah Aqeed. Mak Aqeed iaitu mak cik Yah telah pun meninggal dunia. Aqeed telah kehilangan insan yang bernama mak. Tiada lagi panggil mak. Bebelan dan omelan dari mak hanya tinggal kenangan. Sayu sahaja ahli keluarga Aqeed semasa mereka melawat sebentar tadi.
Orang yang papa dan mama bualkan adalah tentang mak cik Yah. Mama teringat permintaan arwah semasa mereka melawat mak cik Yah di hospital tak lama dulu. Mama terkilan tidak dapat memenuhi permintaan arwah. Sebagai sahabat baik dia merasakan dirinya yang telah gagal kerana itu adalah permintaan terakhir arwah. Air mata mama laju sahaja mengalir.
.......
"Kesian abang Aqeed kan kak Rian." ujar Ayu. "Ye, nak buat macam mana dah takdir." balas Rian. "Macam mana dia nanti?" kata Ayu. "Entahlah kakak pun tak pasti. Tapi yang pasti kita doakan je untuk Aqeed dan arwah mak dia. Insha Allah dia okay." kata Rian.
"Tulah. Jodoh, ajal dan maut ketentuan Allah. Bersedia atau tidak kita kena terima." kata Ayu. "Betul." kata Rian. "Pandai adik akak." puji Rian. Ayu tersenyum.
"Korang sembang pasal apa ni?" soal abang Am. Dia menempatkan dirinya bersebelahan dengan Ayu. "Takde apa-apa." kata Ayu. "Ye." jawab Rian pula.
"Sabtu ni abang cuti korang nak tak ikut abang pergi hiking?" tanya abang Am. "Hiking? Kat mana?" Ayu berminat. "Kat Bukit Gasing." balas abang Am. "Oh." balas Ayu.
"Kak Rian jom? Nak tak?" ajak Ayu. "Macam best." kata Rian. "Bolehlah kita orang nak join." kata Ayu. "Okay. Tapi tanya papa mama dulu lah." kata abang Am. "Okay, nanti kami tanya." balas Rian.
"Tapi ada bayaran ke? Kita pergi bertiga je ke?" soal Rian. "Takde bayaran semua abang tanggung. Tapi bukan kita je yang pergi. Kawan-kawan abang ada juga." balas abang Am.
"Yang part abang tanggung tu dah okay tapi.. part ada kawan abang tu.." balas Rian. "Kenapa?" soal abang Am. "Hehe.. kawan abang laki ke perempuan?" soal Ayu pula. "Lelaki ada perempuan pun ada." kata abang Am. "Ramai?" soal Rian. "Dalam 5 orang, tiga perempuan dua lelaki." ujar abang Am. "Oh." balas Ayu dan Rian.
"Kawan abang yang mana satu?" soal Rian lagi. "Hmm.. abang Nadim, Fiqie, kak Anum, kawan kak Anum dengan kak Sarah." balas abang Am. "Wah ada kak Sarah." Rian mengenyit mata kepada Ayu. Kak Sarah adalah kawan rapat abang Am. Tetapi masih belum declare apa-apa lagi. Sekadar teman tapi mesra. Apalah abang Am ni kak Sarah tu baik kot. Sesuai buat calon isteri. Mereka berdua pun suka dengan kak Sarah.
"Tapi ada Fiqie.." kata Ayu. "Kenapa dengan Fiqie?" soal abang Am. "Fiqie tu selalu menyakat Ayu. Abang Am tak ingat ke?" balas Rian. Ayu mencebik. "Oh yang masa rumah terbuka raya tahun lepas tu? Bukan dah lama ke?" soal abang Am. Abang Am ketawa kecil.
Teringat kenangan lalu Fiqie pernah membaling mercun ke arah Ayu. Walaupun langsung tidak kena Ayu dan mercun yang dibaling hanya mercun pop. Tapi Ayu tetap tidak suka dengan Fiqie kerana kejadian itu menyebabkan dia menanggung malu. Dia tergelincir jatuh ke kolam ikan papa akibat mengelak daripada terkena mercun. Habis basah lencun bajunya. Sudahlah itu baju raya kegemaran Ayu. Habis kotor dibuatnya. Fiqie juga beberapa kali mengejek dan memanggil Ayu pendek.
Fiqie dan Ayu sebaya. Fiqie adik kepada abang Nadim. Abang Nadim baik tapi Fiqie.. hmm.. Nauzubillah. Umur mereka berdua adalah 15 tahun. Ye Ayu masih lagi pelajar sekolah. Lebih tepat lagi pelajar sekolah menengah. Dia satu-satunya yang masih bersekolah dikalangan adik beradiknya.
"So korang nak ikut tak?" soal abang Am. "Emm.. kena fikir dulu." balas Rian. Ayu turut mengangguk. "Okay tapi cepat sikit. Kalau tak abang ajak orang lain." kata abang Am. "Alright." Ayu dan Rian membalas.
*Malam keesokan harinya.
Usai makan malam papa dan mama duduk diruang tamu sambil menonton televisyen. Ayu dan Rian pula berada di dapur. Mereka sedang memotong buah.
"Kak Rian cakap, Ayu sokong." kata Ayu. "Lah kenapa bukan Ayu yang cakap?" kata Rian. "Ala kak Rian la cakap." balas Ayu. "Apa yang bising-bising ni? Kak Rian cakap, Ayu cakap. Cakap apa?" soal abang Am. Tangan abang Am mengambil potongan epal yang berada dalam pinggan.
"Yang pasal hiking tu." kata Ayu. "Tak cakap lagi ke? Korang ni." kata abang Am. "Belum, tak tahu nak cakap macam mana." Rian memberi penjelasan. "Macam nilah abang tolong cakap. Tapi korang back up lah sama sendiri." Abang Am memberi idea. "Okay." pantas sahaja mereka setuju.
"Dah jom gi ruang tamu. Bawa buah tu sekali." perintah abang Am. Mereka pun berjalan menuju ke ruang tamu.
"Ma, pa buah." Rian menghulurkan buah kepada mama dan papa. "Terima kasih." Mama menyambut huluran sambil tersenyum mesra.
Abang Am memandang Ayu dan Rian. Mereka mengangguk.
"Ma, pa, hari sabtu depan Am ingat nak pergi hiking." kata abang Am. "Hiking? Kat mana?" soal mama. "Kat Bukit Gasing. Dekat je." kata abang Am. "Berapa lama? Ramai pergi? " soal mama lagi. "Balik hari je ma. Dalam 7 orang." balas abang Am. "Oh ramai juga." kata mama.
Ayu berdeham. Tahu sahaja abang Am tentang itu.
"Sebenarnya 7 orang tu termasuk Rian dan Ayu." kata abang Am sambil memandang Ayu dan Rian. Itu lah isyarat untuk Ayu dan Rian bersuara. "Ye ma, sebenarnya kami nak minta izin papa dan mama untuk ikut abang Am hiking." kata Rian. "Kak Sarah dengan kak Anum pun ada ma." kata Ayu pula.
"Kenapa tiba-tiba nak pergi hiking?" soal papa. Papa yang dari tadi hanya senyap dan mendengar bersuara pula. "Abang Am yang ajak lagi pun sebelum ni Rian kan pernah join program hiking masa sekolah dulu. Jadi Rian nak join lagi sebab hiking best." jawab Rian. "Ayu?" soal papa kepada Ayu. "Ayu tak pernah join tu yang Ayu nak join." jawab Ayu.
"Sebenarnya Am saje ajak dorang." kata abang Am tanpa diminta. Ayu dan Rian mengangguk.
"Okay ke tempat tu?" soal mama. "Okay ma, Am dah pernah pergi." jawab abang Am. "Ayu dengan Rian betul nak pergi?" soal mama. "Betul-betul, kami memang nak pergi." balas Ayu. "Kalau macam tu papa dan mama izinkan." kata papa. Mama juga mengangguk setuju. "Betul ke? Yeah." kata Ayu. Teruja betul dia.
"Tapi kena janji." kata mama. "Janji? Janji apa ma?" soal kak Rian. "Janji jaga diri, ikut cakap abang Am dan jangan susahkan orang." kata mama. "Baik bos." kata Ayu. Kata-kata disambut dengan gelak tawa ahli keluarga.
Share this novel